Assalamualaikum semua..
memang sudah agak lama ana tidak menulis di blog ana ini.. bukan apa, masa tidak mengizinkan... :)
ok la, hari ni ana nak cerita pasal spagetti...
sapa kat sini suka makan spagetti??
*mesti ada yang suka makan dan x terkecuali x suka makan,,
ana sendiri pernah berada dalam kedua2 kategori ni..
mari baca apa yang ana nak kongsikan..
selepas SPM baru ana kenal dengan menu ni.. SPAGETTI.. sedih kan.. (tapi x pe, abaikan).. mula2 kenal, penerimaan ana terhadap makanan ni memang boleh dikatakan cuma 10% je.. x lalu nak mkn kalau ada dan syukur Alhamdulillah sesangat kalau memang x jumpa langsung menu nih..
semakin menginjak usia, ana semakin dewasa.. sepanjang umur ini, setiap tahun berlalu, memang ana jarang jumpa dengan menu ni..
mintak sangat2 supaya ana x terjumpa lagi dengan menu macam ni lagi.. (bagi ana, makanan apakah ini??)
TETAPI,
semua berubah pada tahun ini.. 2013..
RAMADHAN 2013..
*credit kepada roomate ana, FARIHAH sbb enti dh bagi sinar dalam hidup ana, buka mata kasar dan mata hati ana pasal kewujudan menu ini, supaya ana tidak memandang rendah pada penangan menu ni..
peristiwa bermula, selepas tarawih ramadhan yang ke (lupa pulak bila)..
dia unjukkan tupperware yg berisi.. ana terkejut, setahu ana, ana x de kirim apa2 makanan pada nya untuk bersahur.. tapi ana tetap sambut tupperare tu..
perkara pertama yang muncul di benak ana bila terpandang spageti dan nasi goreng terletak elok dalam tupperware tu "macam mana nak makan spageti ni?, dah la 'kureng' suka. nasi goreng ok la, boleh makan"..
pikir punya pikir, (nak bagi kawan yg lain ke) (dh lewat malam) (mesti dorang dh tido).. (ignore sekejap benda tuh, sambung study)
bila malam dah terlalu larut, perut pulak macam tau2 je ada makanan, minta diisi.. perlahan2 ana buka balik tupperware tu dan mula makan sedikit demi sedikit nasi goreng tu..
sampaila kepada spageti.. mula2 ana mencuba sedikit saja.. tapi bila suapan pertama masuk ke mulut..
"Subhanallah" sedapnya spageti ni.. walaupun kuahnya simple hanya berlaukkan hirisan sosej semata-mata, tapi rasanya memang "Ya Allah" memang x boleh nak digambarkan dengan kata2.. (kuah yang bagi peranan utama nak hasilkan spageti yang sedap) (tahniah enti memang pandai bermain dengan rasa makanan nih, masih kekalkan ciri2 melayu dalam masakan barat ni, cukup rasa)
setiap malam ana termimpi mimpikan spagetti tu.. (betapa hebatnya aturan Allah swt, dengan izinNYA pandanga ana terhadap menu ni berubah dari 0% ke 10% sehinggalah 95%++
ana dah nekad raya ni ana nak cuba buat sendiri spagetti tu, makan sampai puas hati.. kebetulan hari raya kedua adalah hari lahir kakak ana yang kedua.. menunya Spagetti la..
walaupun kuahnya ana gunakan dari sos prego dalam tin, tapi ok la sebab tu first time ana buat sendiri, nak bagi family makan lagi..
*sungguh, ana lah antara yang paling banyak makan spagetti tu.. rasa cinta dan suka pada spagetti tu dah mula timbul dalam diri ana..
sejak hari tu la, bau je kuah spagetti, mesti ana akan kata "sedapnya".
*FARIHAH, enti dah ubah pandangan ana terhadap spageti, terima kasih..
ada masa ana nak masak lagi spagetti ni.. hehe
p/s: jangan terlalu benci pada sesuatu tu, sbb mungkin yg dibenci tu lah akan jadi kesukaan antum-antunna semua suatu masa kelak.. dan juga janganlah terlalu menyukai sesuatu itu, mungkin saja yg disukai itu, akan jadi kebencian antum-antunna semua.
Wallahualam..
Assalamualaikum..