Cik Nurr

Cik Nurr

Sunday, 27 January 2013

cOOkiNg CoOkinG cooKING...

Assalamualaikum wbt..

bermula cerita kamiii...

27 JANUARI 2013, AHAD
"jom makan kat luar malam ni"
"x nak la, nak study ni.. malas nak keluar la".
"tapi lapar nih, eh, jom masak malam ni"
"periuk x de"
"nanti kita pinjam ngan kawan kita la"
"ok"

haaa, ni la antara dialog kami pasal nak makan..
akhirnya masak sendiri..

ni first time kami masak kat kolej selepas lama meninggalkan alam dapur bila dh mula belajar.. apa boleh buat, periuk x de, ni pun terpaksa pinjam periuk elektrik orang,, semata-mata nak masak..

ok laa... bila barang tuk buat cucur ngan nasi goreng Thaipusam dh dibeli.. (*nasi goreng Thaipusam= perencah nasi goreng cina+bahan2 nasi goreng kampung,, ada ke?.. kami la yg buat tu) kami pun mula la nak memasak..


tadaaa,, bersepah meja..
bahan-bahan nak memasak nih..

bila dah siap, kami pun apa lagi,,
panaskan periuk elektrik dan mula menumis bawang+cili.. bersin habis orang dalam rumah..


bawang+cili+fish ball+ikan bilis+serbuk nasi goreng cina+????? 
alamak kangkung belum letak lagi..

hmm. ada satu ramuan rahsia yang kami letak dalam nasi goreng ni..

ni AURA MAYA.. kat dapur ada benda nih.. bedak baby johnson pun ada.. ni kawan kami la punya kerja.. 
dapur satu ruang ngan ruang tamu.. memangla..

kami teruskan memasak sehinggalah.............



haaa.. dah pun siap.. bolehla bagi kami yg x cukup kelengkapan ni.. lagipun kami je yg makan.. 
apapun ana nak ucapkan terima kasih kepada semua housemate yg bekerja sama siapkan hidangan ni..
sedap ke, x sedap ke.. kita-kita je yang tahu..

jom makan semua..

*bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
sama-sama nak makan,sama-sama kene usaha..

ok la sampai sini saja..
terima kasih sebab sudi kunjungi blog ana..
Assalamualaikum wbt..

SATU PERMULAAN...

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Pertama sekali, ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada housemate ana yang telah membantu ana melengkapkan apa yang patut dalam blog ni.. dari tadi dia bertungkus lumus mencantikkan blog ana ni... Almaklumlah, ana masih baru dalam bidang ini... ana saksikan sendiri betapa susahnya nak buat blog yang terbaik nih.. ana hargainya..

ok lah.. (test lagi)
setelah sekian lama, memang test yang jadi peneman di sini..
tapi ok la sebab nanti nak final exam x perlu cover banyak topic sangat.. Syukur Alhamdulillah..

bila sentuh je bab test ke, exam ke.. rasanya kami lah yang paling sibuk sekali dok ulangkaji pelajaran.. mana taknya, hari Selasa ni,29 Jan test Biodiversity, esoknya test Statistik, 3 Feb pula test Kimia..
kadang-kadang stress juga sebab perlu study ketiga-tiga subjek ni hampir serentak..(kehidupan seorang pelajar memang macam ni la,, cubaan..)

sekarang ni pun tengah study Statistik, tulis blog hanya pada waktu 'take 5' je ni..

betul la orang kata, kalau study tu 50 minit untuk study dan yang 10 minit lagi untuk rehatkan fikiran.. bagi fresh sikit dan sambung la belajar.. ana cuba, ternyata berkesan.

opppsss,,
dh terlebih pulak 5 minit, nak kena pergi dulu la.. solat asar dulu baru sambung study.. Fighting!!!Fighting!!!Fighting!!!..







Saturday, 26 January 2013

PeRiNgaTan.. TeriMa KAsiH PaK ciK..


"Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku dan terimalah taubatku..Amin"

Terasa sudah lama ana tidak menulis di ruangan ini. Mungkin kekamgan masa yang terlalu mencemburui ana sehinnga ana terkadang lupa untuk on kan laptop.. hmmm, perkara biasa apabila bergelar seorang pelajar.. 

ohhh, lupa ana ingin bertanya khabar sahabiah-sahabiah semua.. ana harap kalian sentiasa sihat seperti ana, supaya dapat meneruskan kehidupan di muka bumi yang indah di samping melakukan ibadat kerana ALLAH. Niat kerana ALLAH itu yang paaaaling penting.

PERINGATAN.
Apa yang ana nak kongsi dengan kalian semua ya hari ni...
Jom Skodeng..

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di pinngiran hutan.. Tiba-tiba................. (eh, x lah..bukan yang ni cerita ana.. yang lain. Meh tengok lagi)



Begini permulaannya...
7.30 pagi..(lupa pulak hari apa)
macam biasa ana mula menapak turun ke tingkat bawah untuk kekelas.. sambil jalan nak ke bas, ana berhentilah kt satu kedai kuih ni. Kuih karipap ana pilih untuk bersarapan hari tu..

ok..kemuncak cerita dh semakin hampir..

bila dah siap beli kuih, ana terus berjalan ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, bersyukurlah ana ke hadrat ILAHI, sebab bas dah sedia menunggu. Ana masuk ke tempat bas dan duduk di sebelah kawan baik ana (barisan kedua dari depan). Sembang kejap dengan dia sambil tangan buka plastik kuih.

Setelah ana mengambil sebiji kuih karipap tu, ana baca doa dan terus makan. suapan pertama (emm, sedapnya kuih  ni, pandai orang yang membuatnya,*sempat lagi*). Tiba-tiba ana bunyi bising kat depan pemandu bas, rupa-rupanya pak cik bas marah-marah sebab makan dalam bas. Ana yang masih belum menelan suapan pertama tu terus tergamam dan tengok je pak cik dlm keadaan blurr(sebab x jelas sangat).

Lama-lama ana dah mula faham apa yang dibebelkan itu, OHH, JANGAN MAKAN DALAM BAS..
Ana pandang kiri dan kanan, x de sapa pun yang makan selain ana, jadi fahamlah ana bebelan tu dutujukan khas buat ana. Ana apalagi terus rasa segan sebab dalam bas tu ramai orang.. hanya perkataan maaf je yang mampu ana ucapkan kat pak cik bas tu. Sepanjang perjalanan ana hanya dia je dalam bas. Bila bas dah sampai ke kampus, ana teringin nak ucapkan maaf sekali kat pak cik tu dan terima kasih sebab dh tegur ana,    rupanya ini bukan kali pertama ana makan dalam bas, dah banyak kali sebenarnya, tapi semuanya nasib baik sbb x pernah tertangkap.. (hehe..) 

Ana pun nak turun sambil dok pikir nak mintak maaf macam mana dengan pak cik bas ni.. sampai je kat depan tu, ana tengok pak cik bas tu dh keluar awal- awal lagi. sampai ke hari ni ana belum mintak maaf kat pak cik bas tu. Frust ana, rasa beralah sangat.

( sebab tu la ana menulis di sini, supaya rasa bersalah tu x menghantui diri ana* cehh, ayat)

*buat pak cik bas ANA MINTA MAAF N TERIMA KASIH SEBAB SUDI TEGUR ANA, ANA KHILAF SELAMA INI. 
(haaa, makan lagi la dalam bas tu)

Ok la, harap semua kita dapat peringatan jangan sesekali makan dalam bas..
*pak cik bas marah tu bukan sebab apa, cuma dia x mao bau makanan tu terperangkap dalam bas, kan bas ber-aircond. 

Sapa yang ada dalam bas tu mesti gelak habis kan tengok reaksi ana pucat semacam.. 

rasanya sampai sini saja la cerita x seberapa ana.. semoga berjumpa di lain hari.. 
ASSALAMUALAIKUM WBT.. :)

Monday, 21 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur, dengan izin Allah, ana mula tertarik untuk menyertai dunia blog setelah 20 tahun hidup di muka bumi yang indah ini. 

Memang ana tidak nafikan, dulunya ana memandang blog hanya sekadar suatu yang boleh diabaikan, tapi sekarang sudah terbukti ana telah kalah dengan pemikiran ana sendiri. Satu permulaan baru buat ana dalam dunia blog ini apabila ana cukup susah untuk memulakan bicara pertama ana di sini. Pertama kalinya ini mungkin tidak banyak yang ana boleh ceritakan kerana ana masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang blogger. 
Inilah permulaan ana sebagai seorang blogger, selamat datang semua. InsyaAllah, tiba masanya ana akan berkongsi cerita dengan teman2blogger semua. Semoga berjumpa lagi. Ana perlu cepat sebab kejap lagi ada meeting. Assalamualaikum wbt. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.