Cik Nurr

Cik Nurr

Monday, 21 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur, dengan izin Allah, ana mula tertarik untuk menyertai dunia blog setelah 20 tahun hidup di muka bumi yang indah ini. 

Memang ana tidak nafikan, dulunya ana memandang blog hanya sekadar suatu yang boleh diabaikan, tapi sekarang sudah terbukti ana telah kalah dengan pemikiran ana sendiri. Satu permulaan baru buat ana dalam dunia blog ini apabila ana cukup susah untuk memulakan bicara pertama ana di sini. Pertama kalinya ini mungkin tidak banyak yang ana boleh ceritakan kerana ana masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang blogger. 
Inilah permulaan ana sebagai seorang blogger, selamat datang semua. InsyaAllah, tiba masanya ana akan berkongsi cerita dengan teman2blogger semua. Semoga berjumpa lagi. Ana perlu cepat sebab kejap lagi ada meeting. Assalamualaikum wbt. 

No comments:

Post a Comment