Cik Nurr

Cik Nurr

Saturday, 28 December 2013

Tafakur- From Zikraa (with lyrics)



Assalamualaikum dan hai..

First time dgr lagu ni masa cuti hari tu, kawan setkan lagu ni sbgai alarm tuk kejutkan bgun solat subuh. First time dgr hati dh terpikat.. masa tu 5 kali alarmnye dok bunyi terus.. dh oleh hafal dh lgunye..
Skrag sesi beramah mesra ngn liriknye.. biasalah ana, kalo dh mula suka ngn lagu tu, mesti akan cari lirik then nyanyi smpai ingt lagu tu.. hmmm, (korea apatah lagi)..

So, korang korang bolehla dgr.. layannnnn..

Thursday, 26 December 2013

JALINAN Buat SAHABAT




Kawan ana pernah tanya,
"Akak... akak ada ke sahabat yang betul2 seorang sahabat?"

Hmm, ana berfikir sekejap..
ana tanya dia, "Macam mana tu?"

"Sahabat, sejak dari kecil sehingga sekarang, sentiasa susah senang bersama, sentiasa ada untuk apa2 perkara pun"

Ya Allah, ana terkedu, alangkah ruginya ana, tidak mempunyai seorang sahabat yang betul2 sahabat seperti yang ditanyanya..

Ana pernah ada kawan, kawan sekampung, kawan sekolah,
tapi,..
 sekadar kawan, cukup masa kami berpisah, membawa haluan masing2, mengejar impian masing2, tanpa kami sedar yang sudah lama kami tidak bertegur sapa bertanya khabar.. (Allahu Rabbi, terasa rindu membuak di dada terhadap kawan2 ana).. masing2 entah dimana, hilang punca ana untuk mencari..

Betullah, kata orang, bila dia ada di depan mata, kite x pernah nak tunjuk yang kita menghargai dia, menyayangi dia, tapi bila dia tiada, sangat terasa kehilangannya..

Ana ada kawan yang masih boleh contact, tapi.. suasananya x seperti dulu, x semesra semasa kami di bangku sekolah.. JUJUR, terasa seperti bercakap dengan orang asing, seperti ada batas, benteng yang menghalang kami untuk meluahkan rasa hati ini.. kenapa??
*sungguh, ana rindu suasana dulu2.. tapi, semua tu dh jadi kenangan, jadi sejarah..untuk mengembalikannya, mungkin memerlukan masa..

Sekarang ana ada kawan2 seuniversiti, selama hampir 2 tahun kami mencari ilmu di sini, kami menjadi mesra, ya, ana selesa begitu..

Dan kali ni, ana harap tali ukhwah yang kami bina x kan roboh begitu sahaja sebaik kami graduate nanti..

*kalau dulu mungkin ya, sebab kami tiada alat perhubungan untuk menghubungkan kami*
Tapi, tidak untuk kalii ni, ana akan pastikan tali ini sentiasa kukuh, sentiada hidup bertunjangkan nyawa2 pinjaman Ilahi ni..

*Sahabat, walau ana tidak pernah menunjukkan rasa cinta ana kepada kalian, ketahuilah betapa ana sgt2 menyayangi kalian kerana ALLAH..

Sayangilah ana juga kerana ana juga seperti kalian wahai SAHABATKU..
Salam Sayang dari SAHABATMU .. Nur Amalina CA.. Kelantan..


Campaign of Covering Aurat Properly (COCAP)

Assalamualaikum dan hai kepada bloggers di luar sana..

Ana ada samting nak kongsi dengan bloggers semua..
Kawan ana, dia msuk pertandingan JOM Shoot Contest (campaign of covering aurat properly, COCAP)..
so, dia ada hantar beberapa gambar tuk dipertandingkan, antaranya adalah, ni haaa..


 *JOM "Usha" Ciptaan ILAHI*


*JOM "Jaga" kebersihan*


 *JOM Sayangi Sahabat Kerana ALLAH*


*JOM Date With Girlfriends "Only For Girls"*


*JOM Sebarkan Salam*

Banyak kan??

5 gambar sekaligus,
Dia punya usaha tu MashaAllah, sanggup tidor lewat tuk contest ni.. Ana harap dia berjaya..
Contest ni melalui facebook, dan rasanya mengikut berapa 'like' yang dia dapat tuk satu2 gambar tu.. baru boleh menang..
*jom la kita pakat2 like gambarss ni..

Hmm, kami la yang jadi model2nya.. Pada tarikh sekian2, kami ke Tasik Proton City tuk shoot2 picture ni.. gambar ni yang terbaik dari yang terbaik..sangat lawak, yela nak dapatkan gambar yang terbaik memang susah.. baru la kami tau perasaan seorang model beraksi di depan camera.. huh, penat jugak la..

Tapi kami ke sana bukan tuk shooting je,, kami ada agenda lain.. kami makan2, (masak sendiri tau), kami jalan2 sekitar tasik, kami cerita2, macam2 lagilah.. best kalau bersahabat kerana Allah SWT..

*Ana harap sangat yang persahabatan kami ni, kekal hingga ke syurga.. Amin..

Wallahualam.. Assalamualaikum..

Saturday, 21 December 2013

Muhammad The Last Prophet Movie [Full] - [Authentic | صــحــيــح]



Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian..

jom tonton video ni dulu..

video ni versi english dan tiada sari kata.. (ana pun kurang paham sebenrnya)
tapi, ana dh pernah tngok yg versi bahasa melayu, lebih paham lagi..

saksikan anime ni jom..
Selamat menonton semua..

Saturday, 14 December 2013

Weekend

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hujung mingu yang ana kira awesome. Apa taknya, macam2 yang terjadi hujung minggu ni. Pertama , isu ketiadan air. Pagi Jumaat, dlm kul 7 pagi tiada air, kalut kami cari air tuk solat zuhur, asar, mgrib dan isyk. Masjid juga tangki air dh nak kering. terpaksalah kami mencari di blok kampus. Lebih dahsyat nye, kami ada pertandingan kawad kaki antara kolej sempena Karnival Sukan SUper UPSI 2013 mlm tu. Disebabkan kesusahan nk dptkn bekalan air, kami pun berkawad la dengan rupa begitu (lesu, x bermaya) tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walau x dapat no, x pe.. pengalamn tu lagi penting, bersama2 shbt lagi..

Sabtunya, kami ke kampus lama, kononnya nak sertai pasukan sorak sumbangkan suara. Alih2, kami yang terlewat smpai. Pasukan sorak dh lama balik.. kami hanya menonton perlawanan bola baling je la.. Selepas tu kami ke pekan, sbb ada pasar malam dan pulang wktu senja sbb perlu berebut bas (salah satu sbb jrg nk p pasar mlm adalah malas nk berebut bas), .

Ahad,(hari ni), x rancag nak p mna2.. ingt nak rehat je, sbb esok  dh mula kelas ( kelas yang padat Isnin, Selasa,Rabu)..

ok la semua, ana nak mintak diri dulu
Assalamualaikum..

Thursday, 12 December 2013

Last Minute

Assalamualaikum..

kata sahabat ana, dia pernah terbaca satu buku ni, ayatnya berbunyi mcm ni 
"kerja2 last minit ni, hasilnya lebih berkualiti", umpamanya di sini, macam jika kita sudah tau yang kita akan pergi menghadap Allah SWT (meninggal dunia), mungkin ibadat yang kita lakukan hari ini akan dilipat gandakan kerana esoknya kita dh x boleh nak melakukan ibadat2 tersebut.

Sama mcm kes ana, setelah semester ke4,ana n da geng masih dgn tabiat lama kami (dari sem 1 lagi) suka buat kerja last2 minit.. Alhamdulillah, setakat hari ni hasilnya tiada lagi yang mengecewakan kami. Seperti hari ni, ana sendiri bru bilik ke bilik setelah menyudahkan 2 tugasan yang perlu dihantar esok. Kami bermula agak lewat iaitu pada pkul 1.30 am sebab (haaa, bersebab, bukan saja2 nk melambatkan masa tuk siapkan tugasan) selepas isyak tadi kami perlu menghadiri latihan kawad dan latihan sorak. Kami sebahagian dari program Karnival Sukan Super UPSI. Balik dari latihan, baru kami ada masa walaupun terpaksa korbankan masa tidur.

Dan akhirnya, kedua2 tugasan kami dh siap walau x siap sepenuhnya (tinggal nak edit je), tapi kami tetap berpuas hati, itu usaha kami. Sekarang bolehla tidur dengan hati yang tenang dan senang. Alhamdulillah.

Wallahu'alam.
Selamat malam semua..

Wednesday, 11 December 2013

Belum Decide..???

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni ana n da geng tgh pening dok pikir nak buat tugasan tuk subjek biotech ni kat mna.. Tugasan yang memerlukan kami2 ni keluar dri kampus kami ni n pergi ke tempat2 yang menggunakan teknologi biotech ni dlm enghasilkan sesuatu. Contohnya, buat tapai ke, tempe ke, yogurt ke, buat roti ke.. masaelahnya skrg, kami belum lagi buat keputusan nak p mna.. bukan senang nak decide sesuatu keputusan kan, nak2 ni melibatkan keselamatan kami, masa, tenaga dan macam2 lagi la. Ada sorang ahli lm grup cdgkan buat kat kilang buat susu kultur, (vitagen ke, yogurt ke), hmm, ana pun terfikir, elok jugak cdgn tu. Smbil2 tu boleh kami rasai pengalamn bekerja di kilang makanan cenggini. (impian dri kecik lagi nk p melawat kilang) hrap2 semua ahli lain setuju la. Tapi tu semua masih dlm perancangan, bnyak benda lagi nk kene settle..

Ok la semua, ana kene gerak ni.. ada latihan kawad kejap lagi.. ana dan kawan2 kat UPSI ni mewakili kolej kami, KHAR dlm pertandingan kawad antara kolej. harap2 semua berjalan lancar..(ana bukan pndai kawad pun, cuma nak ambik pengalamn je.)

setakat ni je lah, Assalamualaikum..

Saturday, 7 December 2013

Kembara Alam Barzakh

Assalamua'alaikum..

 Kisah malam tadi..

Kembara Alam Barzakh, bunyi macam seram je kan.. tapi, tu la yang akan terjadi nanti pada kita semua ni (Bakal Jenazah).

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT, malam tadi ana dan sahabat2 ana diberi peluang dan ruang untuk merasai sendiri pengalaman menyembahyangkan jenazah, mengusung jenazah hingga ke liang lahad, membaca talkin, merasai saat bersoal jawab dengan Malaikat Munkar dan Nakir (walau hanya melalui tayangan video) dan juga rasa sendiri pengalaman berada di dalam liang lahad yang berlumpur(sebab malam tadi hujan), gelap tanpa sebarang cahaya.. Sungguh, waktu itu ana terasa takut untuk menghadapi mati yang tidak ana tau bila akan meyapa ana dan kita2 semua.. timbul bermacam persoalan dalam benak ana kala itu, Bersediakah aku? cukupkah amalan ku? apa perjuangan dan pengorbanan ku untuk Islam? Sungguh, ana insaf..

Kala menyembahyangkan jenazah, dada mula dilingkungi rasa sebak, membayangkan jenazah yang sedang disembahyangkan itu adalah orang2 yang kita sayangi, yang kita cintai. Berderai gugur air mata saat itu kebumi. Perasaan ana dan seorang sahabat ana (Haqifa Rihito) berterusan sebak sesudah mebaca talkin dan kami mula meninggalkan jenazah tadi.

Paling menyentuh perasaan, pabila ana sendiri perlu berbaring di dalam liang lahad. Walaupun liang lahad tidak seperti liang lahad sebenar (dengan hanya kedalaman separas lutut) sudah cukup mengetarkan jiwa ana, dengan suasana gelap yang menyelubungi, bersendirian menanti tibanya kedua2 Malaikat Munkar dan Nakir untuk bersoal jawab. Rasa seperti ianya benar2 berlaku. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar..

Apa yang ana nak kata kat sini, (pesanan untuk diri ana sendiri sebenarnya) selagi hidup ni kumpullah sebanyak mungkin pahala dan redha Allah untuk menghadapi hari mati kelak. Amar Maaruf, Nahi Mungkar. Bertindaklah kerana Allah dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hayati cara hidup Islam yang sebenar. Sayangilah kedua ibu bapa, keluarga, sahabat2, dan semua muslimin dan muslimat yang berada di serata dunia ni.

"Demi ALLAH, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara seketika, lalu menceritakan (pengalaman sakaratulmaut) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" -Iman Ghazali-

Firma ALLAH SWT: "Dan (ingatlah), Allah sekali-kali tidak akan tangguhkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" -A-Munafiqun ayat 11-

Wallahu'alam..


Monday, 2 December 2013

Usrah Wonderpets

Assalamualaikum..
Cik Lolly lagi haa,,..

Hujung minggu lepas, ana bersama 4 orang kawan ana ke PJ( tau kan, Petaling Jaya ).. Buat apa kami kesana???

Kami kesana tuk join Usrah yang diberi nama Usrah Wonderpets ngn sorang akak ni(skrg dah jadik Ustajah di Sarawak). Memang x rugi ke sana sbb cara akak ni buat usrah tu sgat menarik.. cara penyampaiannya, mudah difahami, memang terkesan la kat hati..

Bercerita pasal akidah, akak tu pernah kata "Akidah kita ni seumpama seekor harimau yang sedang tidur".
~~comel je kan kalo harimau tgah tidur..
Tapi, bila harimau tu terjaga, sangat nampak sifat garang dan bengis layaknya seekor harimau.. begitulah jugak dengan akidah kita, x dapat dikawal kalau ia terjaga tanpa ada persediaan serapinya..

Malam tu, akidah kami dikejutkan dengan persoalan kenapa? kenapa? dan kenapa?.. benar, tanpa persediaan, kami cepat melatah.. Siapa sangka benda seremeh itu boleh buatkan jantung kami berdebar.. itu menuntut kami berfikir di luar kotak pemikiran kami.. Ten_Q kak..

pesan akak tu lagi " Adik-adik, Jadilah muslimah TOYOTA (Moving Forward) dan jadilah muslimah NIKE (Just Do It)".

Malangnya, hanya malam itu je kami sempat jumpa dia, walau hanya beberapa jam sahaja bertemu, tapi rasa rindu, rasa sayang nak benarkan akak tu balik Sarawak, Tapi apakan daya, akak tu pun ada komitmennya sendiri.. (umo panjang jumpa lagi)..

Usrah Wonderpets, Best..
Wassalam..

Laboratory

Assalamualaikum semua...
Cakk!!!!

Nak cte sikit ni haa, malam tadi ana kemain lagi gosok baju cecantik, ingat ada kelas dari kul 8 pagi ke 5 petang, tup, tup.. p kelas awal pagi tadi, kawan2 cakap lab class x de pulak, ditunda. Pasainya, ana x tgok MyGuru, tu la padahnya.. kan dah terkena..

Papepon, tq kt kawan2 sbb gtau lab class x dek hari ni. Naseb baik x tercongok sensorang kat dlm lab tu.. 
Maknanya, lepas kelas terakhir kui 12 tghri tadi, ana dh x de kelas tuk petang ni.. So, Running Man lah jawapnye.. bila lab class dah jalan nanti, ana n kawan2 pon akan semakin bizi.. 

Semester 4 ni, Semoga Allah permudahkan segala urusan ana dan kawan2 di sini, Amin.. korang pon doa la tuk kami jugak smbil2 doa tuk diri sendiri n orang2 sekeliling korang.. 

Ten_Q
Cik Nurr