Cik Nurr

Cik Nurr

Thursday, 26 December 2013

JALINAN Buat SAHABAT




Kawan ana pernah tanya,
"Akak... akak ada ke sahabat yang betul2 seorang sahabat?"

Hmm, ana berfikir sekejap..
ana tanya dia, "Macam mana tu?"

"Sahabat, sejak dari kecil sehingga sekarang, sentiasa susah senang bersama, sentiasa ada untuk apa2 perkara pun"

Ya Allah, ana terkedu, alangkah ruginya ana, tidak mempunyai seorang sahabat yang betul2 sahabat seperti yang ditanyanya..

Ana pernah ada kawan, kawan sekampung, kawan sekolah,
tapi,..
 sekadar kawan, cukup masa kami berpisah, membawa haluan masing2, mengejar impian masing2, tanpa kami sedar yang sudah lama kami tidak bertegur sapa bertanya khabar.. (Allahu Rabbi, terasa rindu membuak di dada terhadap kawan2 ana).. masing2 entah dimana, hilang punca ana untuk mencari..

Betullah, kata orang, bila dia ada di depan mata, kite x pernah nak tunjuk yang kita menghargai dia, menyayangi dia, tapi bila dia tiada, sangat terasa kehilangannya..

Ana ada kawan yang masih boleh contact, tapi.. suasananya x seperti dulu, x semesra semasa kami di bangku sekolah.. JUJUR, terasa seperti bercakap dengan orang asing, seperti ada batas, benteng yang menghalang kami untuk meluahkan rasa hati ini.. kenapa??
*sungguh, ana rindu suasana dulu2.. tapi, semua tu dh jadi kenangan, jadi sejarah..untuk mengembalikannya, mungkin memerlukan masa..

Sekarang ana ada kawan2 seuniversiti, selama hampir 2 tahun kami mencari ilmu di sini, kami menjadi mesra, ya, ana selesa begitu..

Dan kali ni, ana harap tali ukhwah yang kami bina x kan roboh begitu sahaja sebaik kami graduate nanti..

*kalau dulu mungkin ya, sebab kami tiada alat perhubungan untuk menghubungkan kami*
Tapi, tidak untuk kalii ni, ana akan pastikan tali ini sentiasa kukuh, sentiada hidup bertunjangkan nyawa2 pinjaman Ilahi ni..

*Sahabat, walau ana tidak pernah menunjukkan rasa cinta ana kepada kalian, ketahuilah betapa ana sgt2 menyayangi kalian kerana ALLAH..

Sayangilah ana juga kerana ana juga seperti kalian wahai SAHABATKU..
Salam Sayang dari SAHABATMU .. Nur Amalina CA.. Kelantan..


No comments:

Post a Comment