Cik Nurr

Cik Nurr

Thursday, 6 March 2014

Menara Gading..

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita.. hihi..

Masa kecik2 dulu, kalau kawan suruh isi biodata diri, mesti yang part matlamat hidup tu ana akan tulis 'Menuju ke Menara Gading'... hmm, budak2 dulu mana nak tau maksud manara gading tu ape.. tapi still tulis jugak walau x paham sebenarnya.. Dan ana ingat, 'menara gading' tu sama bentuknya dengan 'gading gajah'.. ok x ana punya mindset?? pape je laa..


*ni gading gajah.. ni la yang ana pikir mase kecik2 dulu..


Dan, bila dah betul2 berada di Universiti ni (menara gading).. tau la yang ianya bukan gading gajah pun..
'Menara gading' ni seperti institusi of higher education.. melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dan ana sedang melaluinya sekarang.. semoga matlamat hidup masa kecik2 dulu menjadi kenyataan la.. 

Ok lah.. sekarang di kolej ana iaitu, 6-9 Mac 2014, berlangsungnya Karnival Hari Terbuka Kolej Harun Aminurrashid (KHaT'8) UPSI PROTON CITY, TANJUNG MALIM, PERAK.. jadi dijemput kepada semua untuk datang dan sama2 memeriahkan karnival ni lagi.. untuk pengetahuan, pelbagai aktiviti menarik disediakan.. Jadi tunggu apa lagi.. JOM ke KHaT'8..

p/s: sempat lagi ni promote...PC Fair pun ade..

Salam Sayang,
Lolly Amalin


Monday, 3 March 2014

Riadah paling Cool~~

Semalam punya cerita...

Assalamualaikum...
bersedia buka mata luas2 ye tuk baca ape yang ana nak cerita kali ni pulak..

Lebih kurang dalam pukul 5 lebih (lepas asar la).. kami dok pam basikal, bersemangat nih nak berbasikal ke Tasik Proton City..On the way ke sana, hujan yang sangat lebat dengan angin yang kencang telah menerpa ke arah orang yang x reti2 nak balik dok kat umah.. merayap je kerja..(kami la tu)..

Action paling merbahaya petang tu dalam keadaan yang tidak menentu sebegitu, boleh pulak kami berenam berbasikal melalui trek jogging yang muat-muat 2 orang berjalan kaki je.. dah la kat bawah tu tasik yang sedang bergelora sedang menunggu.. Berdoa je la semoga semua selamat..

Ape2 pon kami berempat selamat mencari lokasi yang paling strategik untuk berkelah (hujan lebat mana pun, mana mungkin melumpuhkan hasrat kami nak berkelah di tepi tasik)... tapi dua orang kawan ana tak sempat sampai sebab terpaksa patah balik dan menunggu di tempat lain yang lebih selamat sehingga hujan reda,, kata mereka ada pokok tumbang semasa nak teruskan perjalanan,, sebab tu la dorang berehat sekejap di tempat lain..


semua dok control muka masing2.. angin terlalu kencang.. 
sempat je bukak bekal dan makan..

Bayangkan nasi bujang kuahnya semakin melimpah dalam pinggan.. bukan sebab supnya tapi air mutlak yang menjadi topic hangat dibincangkan antara kami..macam mana x hangat, sup yang elok je rasanya dah jadi tawar.. tapi kami, ape kesah, melantak je kerjanya..


Ape2 pun yang terjadi... SENYUM..

Bila hujan dah semakin reda, kami pun take time tuk bergembira seketika..(sikit je).. kami ambil video bersama.. (kononnya dalam rancangan 'Cari Menantu').. Cehhh!!


Semua dok tabik springg.. ala2 gaya Girls Generation dalam Genie..
eh, betul ke??

Jadi inilah kisah kami semalam.. riadah+camping+makan=dalam hujan lebat..
korang macam mana?? 
mesti cerita semalam korang tersangat best kan.. ape2 pun, itu adalah kenangan antara kita... <3..

opss, terlupa nak letak gambar kawan ana yang banyak berjasa tangkap gambar kami..


yang bertudung biru tu.. comel je..


*sudah 2 cerita ana tulis.. penat.. mau rehat kejap sebelum ke kelas lagi petang nih.. 

#Tak lama lagi final exam.. boleh balik kampung..
Selamat tinggal Tanjung Malim untuk seketika.. Perpisahan kita bukan selamanya..
Ceewwahh, ayat...
Assalamualaikum..






Hari Terbuka Kolej Sebelah!!!

Assalamualaikum dan hai,
Bertemu kita lagi dalam rancangan......... jeng3..
hehe, x de lah..

Ok, kali ni ana nak cerita pasal Hari Terbuka di kolej sebelah, (macam x enak pulak kan panggil 'kolej sebelah')... Ok la, ana terus terang la.. KAB... (Kolej Aminuddin Baki, UPSI)...
Ape yang menariknya???.. jom baca sampai habis..

DEMAM PU RAHMAT, INTEAM PUN ADA..IM NAJDI OKE

Alkisah, kawan ana ni minat sungguh dengan PU Rahmat ni ha.. jadi kami pun ramai2 la kesana.. (malam yang lepas pun kami pergi jugak, ape yang peliknya)..


Ni la kami2 nye... Eh eh, mana PU nye??
sabor ye.. 

Actually, camera girl tu la yang minat dengan PU Rahmat.. yang lain pun minat jugak...
Ok,, sekarang jom tengok PENAMPILAN KHAS..


PU RAHMAT n Fans
Tak nampak sangat muka mereka ni.. Lightning..
korang tengok je la..

Malangnya ana tiada disini, masa tu kene balik awal sebab ade meeting... UWWAAAAA....seddihhh!!!!
Tapi, x pe...

Haaa, baru teringat, sebelum tu Imam Muda Najdi pun ade.. Yang ni confirm ana sempat bergambar dengan IM tu.. lalalalalala~~~~


Taraaa.. yeayy, dapat jugak bergambar.. 

Imam Muda Najdi ni adalah jemputan awal sehari dari PU Rahmat... 
Memang excited la jumpa dengan orang2 yang pernah masuk telebisen nih... macam terkena tempias kefemesan mereka.. huhuhu.. perasan sungguh, anak sapa la nih!!

Sayangnye, x sempat nak bergambar dengan kumpulan nasyid INTEAM.. orang ramai sangat, maklumlah malam penutup..

*Moral value, bergambar la dengan orang femes selagi sempat... (ade ke gitu??)
Tak de lah, 
*Kumpul la mata myCat bebanyak... hohoho..

p/s: Nampak gayanya macam terkena atas muka sendiri je.. Kata IM Najdi.."Lepas ni, yang perempuan2 ni, confirm balik update status 'bergambar dengan IM'... macam sama je... 
(buat2 gelak oke)
Lumrah~~~

ok la, bye n Assalamualaikum..
Jumpa korang di entri yang seterusnya....