Assalamualaikum...
bersedia buka mata luas2 ye tuk baca ape yang ana nak cerita kali ni pulak..
Lebih kurang dalam pukul 5 lebih (lepas asar la).. kami dok pam basikal, bersemangat nih nak berbasikal ke Tasik Proton City..On the way ke sana, hujan yang sangat lebat dengan angin yang kencang telah menerpa ke arah orang yang x reti2 nak balik dok kat umah.. merayap je kerja..(kami la tu)..
Action paling merbahaya petang tu dalam keadaan yang tidak menentu sebegitu, boleh pulak kami berenam berbasikal melalui trek jogging yang muat-muat 2 orang berjalan kaki je.. dah la kat bawah tu tasik yang sedang bergelora sedang menunggu.. Berdoa je la semoga semua selamat..
Ape2 pon kami berempat selamat mencari lokasi yang paling strategik untuk berkelah (hujan lebat mana pun, mana mungkin melumpuhkan hasrat kami nak berkelah di tepi tasik)... tapi dua orang kawan ana tak sempat sampai sebab terpaksa patah balik dan menunggu di tempat lain yang lebih selamat sehingga hujan reda,, kata mereka ada pokok tumbang semasa nak teruskan perjalanan,, sebab tu la dorang berehat sekejap di tempat lain..
semua dok control muka masing2.. angin terlalu kencang..
sempat je bukak bekal dan makan..
Bayangkan nasi bujang kuahnya semakin melimpah dalam pinggan.. bukan sebab supnya tapi air mutlak yang menjadi topic hangat dibincangkan antara kami..macam mana x hangat, sup yang elok je rasanya dah jadi tawar.. tapi kami, ape kesah, melantak je kerjanya..
Ape2 pun yang terjadi... SENYUM..
Bila hujan dah semakin reda, kami pun take time tuk bergembira seketika..(sikit je).. kami ambil video bersama.. (kononnya dalam rancangan 'Cari Menantu').. Cehhh!!
Semua dok tabik springg.. ala2 gaya Girls Generation dalam Genie..
eh, betul ke??
Jadi inilah kisah kami semalam.. riadah+camping+makan=dalam hujan lebat..
korang macam mana??
mesti cerita semalam korang tersangat best kan.. ape2 pun, itu adalah kenangan antara kita... <3..
opss, terlupa nak letak gambar kawan ana yang banyak berjasa tangkap gambar kami..
yang bertudung biru tu.. comel je..
*sudah 2 cerita ana tulis.. penat.. mau rehat kejap sebelum ke kelas lagi petang nih..
#Tak lama lagi final exam.. boleh balik kampung..
Selamat tinggal Tanjung Malim untuk seketika.. Perpisahan kita bukan selamanya..
Ceewwahh, ayat...
Assalamualaikum..




No comments:
Post a Comment