Jadual kuliah ana
(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas dan nyata)
Betul betul betul!!!.. Memang ana x de baju kurung, cubalah intai dalam gerobok ana tu, sehelai je baju kurung ditemani beberapa helai jubah dan berbagai warna tshirst muslimah..
Ekceli kan, ana bukan ape, bukan x nak cantik2 ke kelas, tapi bila mengingatkan yang kelas ana hanya 2-3 jam je sehari, mood nak cantik2 macam princess gtu x de.. Rasa lebih selesa bertshirt dan berslack..Lagipun x payah la nak bersiap sangat sebab ana ni memang dilahirkan cantik kiut miut.. pakai apepon tetap manis *pitamsss.. (Geng perasan sendiri baru mula tertubuh dalam rumah ana)..
Btw kan, minggu depan satu lagi dah nak raya.. ana n the geng x sabar dh nak balik ke kampung masing2..rasa tersangat rindu kat family la.. 2 kali dh dok sekaip dengan adik kt kampung.. terharu bila ayah selalu buat aksi seolah2 mencuit hidung ana melalui skrin laptop... Ayah memang suka bermanja dengan anak2nya begitu...Kalau dirumah lagilah, habis hitam setiap hidung anak2nya bila dia mencuit hidung kami selepas dia siap membaiki motor ke ape ke.. Ayah cuit hidung ana melalui skrin!!! (macam mana tu??) Hmm, ayah ayah..
Kali ni ana teruja nak balik kampung sbb 2 benda, pertama of kos sebab rayala kan.. yang kedua, ana bakal dapat telefon baru.. telefon ana yang sebelum ni kan rosak.. tapi telefon baru ni bukan hadiah daripada sesiapa pun, ana beli sendiri.. guna duit gaji part time keje masa cuti sem hari tu..kawan ana yang tolong simpankan sbb telefon baru sampai... excitednya..
ok la, ana kene gerak dulu.. nak cari juadah berbuka puasa ni.. nanti habis pulak...hehe
Selamat Hari Raya..
Salam Sayang,
Lolly Amalin..

No comments:
Post a Comment