Cik Nurr

Cik Nurr

Monday, 14 September 2015

Projek Merdeka!!! Pantai Bukit Keluang-Part 2

Cepatnya nak update part 2 ni.. Penat tapi x pe.. 

Seperti dijanjikan, part 2 dh boleh dibaca.. Nak mula dari mana ye???.. Hmmm..

Ayam bakar dalam tin biskut

Walaupun kami ke Pantai Bukit Keluang untuk main air pantai dan seangkatan dgnnya, bakar2 ayam sotong ni pun dh jadi satu kewajipan bila pergi trip ramai-ramai ni.. Meriahhh.. Ade la makanan tambahan yang lainnye, tapi x sempat pulak ana nak ambik gambarnya.. 

Entri yang lepas ana ada cerita yang kondisi ana paling teruk masa daki bukit (dehydrate), tapi bila je trun bukit, kaki dah cecah pasir pantai terus bersemangat nak main pantai siap boleh ajak kawan2 main banana boat, fly fish sume tu.. Entah dri mana semangat tu dtg.. Excited tengok air laut yang biru kot.. 

Pam angin fly fish boat.. Muka x sabar nak naik ni..

Dengan bayaran serendah RM15 sorang fly fish ni boleh dinaiki seramai 6 orang, tapi dah x jadi fly la sbb bot akan jadi berat kut.. Yang kurus2 tu bolehla naik 6 orang. Kami hari tu naik 4 orang je sbb yang lain takut so adelaa fly fly sikit masa bot ni ditarik ke tengah laut. Masa naik bot ni kene kasi balance dia punya berat kiri kanan depan belakang kalau tak bot ni boleh terbalik keceburr dlm air, sbb ni la depa takut nak naik nii..

Fly fish bakal terbang sebentar lagi!!

Masa ni kami masih gedik2 lagi, gelak x hengat sbb x tau kePOWERan fly fish bot ni. Bila je bot ni ditarik memasing diam control diri dari terjatuh ke tengah laut. Masa dok atas ni, ana memang fikir cukupla tarik bot ni, ana nak balik rumah.. Seram, memang tangan tu kene betul2 kuat kalau nk selamat di atas bot.. Lepas je episod ngeri ni, kami buat isyarat 'thumbs up' kt brader yang tarik bot kami, fuhh dia pakai seluar askar.. Patut la laju semacam.. Ade semangat tentera ghupenyeee... Hehe papepon fly fish memang daebakkk!! 

Selit gambar sini satu

Ekceli, ana x sempat sebenarnya nak naik banana boat sbb lama sangat mendaki bukit tadi, kawan2 yang x mendaki je la yg sempat naik. Tapi x pe, ana dh pernah naik banana boat ni masa berpraktikal dkt Perak dulu..so its ok.. Ana saja la tnya pengalaman depa naik benda tu ok ke best tak. Semua angkat ibu jari naik keatas..(tanda seronok x terkata tuhh).. 

Banana Boat boleh dinaiki seramai 6-7 orang pada satu2 masa dengan bayaran serendah RM10 sekepala ( bergantung pada tempt jugak kot sbb ana pernah naik yang harga RM5 je dkt Pantai Teluk Batik, Perak). Banana Boat akan dibawa ketengah lautan dgn kelajuan yang boleh tahan la sebelum dicampak ke gigi pantai.. Sape yang dicampak? Sape2 laa.. Kalau rasa macam tgn x kuat ke sakit ke stamina x ckup ke, better x payah naik boat2 ni semua, cukup main air je.. Jaga keselamatan diri oke..

Sorang kawan ana ni suka sgt gambar ni

Lepas duit dh hbis bnyk dkt game2 pantai ni kami lebih suka berendam dlm pantai sambil kaki dok menguis nguis cari tapak sulaiman dlm pasir pantai.. Banyak dapat tapi sayang tapaknya x tahan lama, semua patah2 sbb letak dlm plastik bag biasa.. 

Ni la kenangan dan bukti Projek Merdeka kami SUCCESS

Dengan ini, 31 Ogos 15 berakhir disini. Masing-masing muka macam apentah.. Dah nak pergi trip ke pantai kene hadap dgn hati yang rela la sunburn, letih, lutut longgar sume tuu.. Happy day..

 Menuju puncak Bukit Keluang

Army camp level 6 depa ni cakap
COC merata

Ana sarankan sape2 yang suka buat aktiviti lasak naik bukit main air datang la ke sini ,Pantai Bukit Keluang. Sesuai dengan namanya, ade pantai dan ade bukit.. Terletak di Besut Terengganu.. Orang Kelantan sejam je kalau nk pegi ke sini.. Kemudahan pun bnyak.. Jadi jom melawat Malaysia.. 

Fuhh!! Mencabar betul menulis entri guna telefon. Ana ambik masa 3 jam nak siapkan satu entri ni sambil kerja pulak tuu..

p/s: 15/9/15 selasa- esok ana ade test JPJ untuk motosikal bahagian 3 yang jalan raya. Ni ulangan sbb test hari tu x lulus.. Hehe..apepon lesen kete dh lulus.. Doakan ana untuk ni esok k kawan kawan... 








Sunday, 13 September 2015

Projek Merdeka!!! Pantai Bukit Keluang-Part 1


Subhanallah, cantiknya Bukit Keluang!!

Subhanallah, Alhamdulillah.. Cantikkan pemandangan bila berada di bukit setinggi ni, tenang sehijau gunung didaratan sebiru langit diawan..
On our way

31 Ogos 15 hari tu, kami cuti kerja so decide ngn geng2 Wan Azizah Trading ni nak pegi jenjalan.. Decide punya decide kesini lah kami hari tu.. PANTAI BUKIT KELUANG..Seharian berkampung disini tauu..

Alang-alang dh sampai kat sini, dgn excitednya kami nak cuba semua aktiviti yg ade, salah satunya mendaki Bukit Keluang.. Perasaan teruja tu lain macam je sampai rela berjalan jauh untuk mula mendaki, disebabkan kami pergi tanpa tour guide so tersalah mendaki lah kami.. Kene jalan lagi cari jalan yang betul (super jauh oo).. 

Asalnya kami 10 org nak mendaki, tapi sebab dah penat jalan jauh tadi, 2 dh mula mengalah.. Naik sikit je bukit tu dan patah balik.. Ana masih kuat time tu bersemangat apelah mulut dok pot pet pot pet x berhenti sbb baru sikit mendaki.. Tak sampai 10 minit lepas tu, ana dh menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bila ana mula lelah, haus, cramp kaki, nk pitam semua benda laa. Ana pun rasa dah x kuat time tu dan memang nak patah balik tapi kawan2 ana sangat bersemangat nak suruh ana teruskan pendakian sampai ana jadi bersemangat balik (nmpk dak pengaruh kawan tu mcmna) dorang ckp sikit ja lagi nak sampai puncak dan boleh tengok pemandangan yang sangat indah atas sana, nampak langit biru la macam2 la.. Oke, ana pun cuba lagi mendaki sambil dibantu kawan2 yg x pernah cemuih sokong ana ni sampai satu tahap tu ana siap baring atas trek seakan orang pitam pucat x berdarah.. Ambik nafas la kununnya..Panik kawan2 ana (tetiba ana rasa macam pelakon utama plak) ape taknya kawan2 semua take care ana dgn sgt baik sekali.. Hehe.. Tapi ana jugak rasa bersalah la sbb ana perjalanan depa pun terbejat (betui kaa?).

Nak dipendekkan cerita la.. Ana and the geng pun sampai la kt puncak dan sungguh ana terpesona dengan keindahannya. Sejenak hati terusik, insaf dan kagum akan KEBESARAN, KEHEBATAN, KEAGUNGAN ALLAH SWT.. beruntungnya ana dan yang lain berpeluang melihat dan menghayati keindahan ni.. Sangat sangat.. Rasa lelah putus semangat masa mendaki tadi macam hilang begitu saja..

Sempat jugak la snap sekeping buat kenang kenangan kann..

Kening tinggi kawan ana tu!!!
Bila dah memasing bersnap sana snap sini kami pun nk trun la sbb dh penat sangat dah tambah2 kami belum jejakkan kaki ke gigi pantai lagi, teringin la nak mandi pantai pulak mcm yg lain naik banana boat, fly fish sume tu kan.. Hewhew.. Perjalanan trun pun sama mencabar macam perjalanan naik, makk bukit tinggi curamnye.. Dh rasa macam trun gelongsor pulak dengan tali bagai dengan lutut longgar terketar-ketarnye.. Mencabar stamina betull.. Extreme..total pendakian kami hampir dua jam lamanya..


Letihla nak menaip panjang2 ni..guna telepon pulak tu..
Nak tau aktiviti pantai kami seterusnya, tggu entry lepas ni.. 

p/s: kami mendaki sehelai sepinggang tanpa air tanpa glukos tanpa gula-gula.. Patutla lembikk








Friday, 26 June 2015

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah hampir 10 hari umat islam berpuasa.. sudah nak habis part 1/3.. sedar tak sedar jugak ini adalah entry ana yang pertama sepanjang tahun 2015. whoooaaaa.. dah lama benar ana tak menulis.. patutla rasa rindu semacam dan ana rasa sangat-sangat macam kehilangan sesuatu.. ini rupanya..

Jadi, entry pertama 2015 ni, nak cerita apa???
hmm, kalau pasal diri ana..
Ana dah habis belajar secara tak rasminya sebab ana belum konvo lagi.. sekarang bekerja kumpul duit nak buat konvo bulan 11 ni.. lepas dh konvo boleh la mula bayar duit pinjaman PTPTN walau tiada kerja tetap lagi.. haishhh (pening mikior mase depan ni).. sambil2 kerja sekarang ni jugak ana tengah nak siapkan lesen kereta dan motor.. lepas ni dah boleh memandu di jalan raya secara legal la..x sabar dh ni.. lagi satu, ana baru nak ambik MUET, in case ana nak sambung degree ke nanti senang bila MUET ade.. Dan ana juga masih sendiri tanpa kekasih (ecececehh sengaja bagitau ke ape ni??) hehe, biarlah kan kalau ini yang terbaik bagi ana..

Bersempena Ramadhan ni, berapa ramai yang masih puasa penuh??? kalau masih penuh tu Alhamdulillah. Campur tolak darab bahagi tahun ni dah 5 ke 6 tahun dah ana tak puasa kat rumah, ana nak sangat puasa sebulan dengan family tau.. terikat dengan kerja dan tanggungjawab sebagai pelajar membantutkan ana nak posa ngan family.. sedih tu sedih tapi x pa, ade hikmahnya..

Terubat rindu pada belog ni.. nak menulis sangat kannn.. pendek pun x pa asal dapat menulis..
oke la, terpaksa stop kat sini sebab ana tengah bekerja ni.. curi2 masa sikit nak menulis guna com bos ni.. hehe..

ok, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri
(acah acah ucap selamat hari raya kot2 x sempat nak menulis bila tiba raya nanti)
almaklumlah hamba orang yang sibuk dengan mesin kira kira..