Subhanallah, cantiknya Bukit Keluang!!
Subhanallah, Alhamdulillah.. Cantikkan pemandangan bila berada di bukit setinggi ni, tenang sehijau gunung didaratan sebiru langit diawan..
On our way
31 Ogos 15 hari tu, kami cuti kerja so decide ngn geng2 Wan Azizah Trading ni nak pegi jenjalan.. Decide punya decide kesini lah kami hari tu.. PANTAI BUKIT KELUANG..Seharian berkampung disini tauu..
Alang-alang dh sampai kat sini, dgn excitednya kami nak cuba semua aktiviti yg ade, salah satunya mendaki Bukit Keluang.. Perasaan teruja tu lain macam je sampai rela berjalan jauh untuk mula mendaki, disebabkan kami pergi tanpa tour guide so tersalah mendaki lah kami.. Kene jalan lagi cari jalan yang betul (super jauh oo)..
Asalnya kami 10 org nak mendaki, tapi sebab dah penat jalan jauh tadi, 2 dh mula mengalah.. Naik sikit je bukit tu dan patah balik.. Ana masih kuat time tu bersemangat apelah mulut dok pot pet pot pet x berhenti sbb baru sikit mendaki.. Tak sampai 10 minit lepas tu, ana dh menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bila ana mula lelah, haus, cramp kaki, nk pitam semua benda laa. Ana pun rasa dah x kuat time tu dan memang nak patah balik tapi kawan2 ana sangat bersemangat nak suruh ana teruskan pendakian sampai ana jadi bersemangat balik (nmpk dak pengaruh kawan tu mcmna) dorang ckp sikit ja lagi nak sampai puncak dan boleh tengok pemandangan yang sangat indah atas sana, nampak langit biru la macam2 la.. Oke, ana pun cuba lagi mendaki sambil dibantu kawan2 yg x pernah cemuih sokong ana ni sampai satu tahap tu ana siap baring atas trek seakan orang pitam pucat x berdarah.. Ambik nafas la kununnya..Panik kawan2 ana (tetiba ana rasa macam pelakon utama plak) ape taknya kawan2 semua take care ana dgn sgt baik sekali.. Hehe.. Tapi ana jugak rasa bersalah la sbb ana perjalanan depa pun terbejat (betui kaa?).
Nak dipendekkan cerita la.. Ana and the geng pun sampai la kt puncak dan sungguh ana terpesona dengan keindahannya. Sejenak hati terusik, insaf dan kagum akan KEBESARAN, KEHEBATAN, KEAGUNGAN ALLAH SWT.. beruntungnya ana dan yang lain berpeluang melihat dan menghayati keindahan ni.. Sangat sangat.. Rasa lelah putus semangat masa mendaki tadi macam hilang begitu saja..
Sempat jugak la snap sekeping buat kenang kenangan kann..
Kening tinggi kawan ana tu!!!
Bila dah memasing bersnap sana snap sini kami pun nk trun la sbb dh penat sangat dah tambah2 kami belum jejakkan kaki ke gigi pantai lagi, teringin la nak mandi pantai pulak mcm yg lain naik banana boat, fly fish sume tu kan.. Hewhew.. Perjalanan trun pun sama mencabar macam perjalanan naik, makk bukit tinggi curamnye.. Dh rasa macam trun gelongsor pulak dengan tali bagai dengan lutut longgar terketar-ketarnye.. Mencabar stamina betull.. Extreme..total pendakian kami hampir dua jam lamanya..
Letihla nak menaip panjang2 ni..guna telepon pulak tu..
Nak tau aktiviti pantai kami seterusnya, tggu entry lepas ni..
p/s: kami mendaki sehelai sepinggang tanpa air tanpa glukos tanpa gula-gula.. Patutla lembikk



No comments:
Post a Comment