Cik Nurr

Cik Nurr

Saturday, 28 December 2013

Tafakur- From Zikraa (with lyrics)



Assalamualaikum dan hai..

First time dgr lagu ni masa cuti hari tu, kawan setkan lagu ni sbgai alarm tuk kejutkan bgun solat subuh. First time dgr hati dh terpikat.. masa tu 5 kali alarmnye dok bunyi terus.. dh oleh hafal dh lgunye..
Skrag sesi beramah mesra ngn liriknye.. biasalah ana, kalo dh mula suka ngn lagu tu, mesti akan cari lirik then nyanyi smpai ingt lagu tu.. hmmm, (korea apatah lagi)..

So, korang korang bolehla dgr.. layannnnn..

Thursday, 26 December 2013

JALINAN Buat SAHABAT




Kawan ana pernah tanya,
"Akak... akak ada ke sahabat yang betul2 seorang sahabat?"

Hmm, ana berfikir sekejap..
ana tanya dia, "Macam mana tu?"

"Sahabat, sejak dari kecil sehingga sekarang, sentiasa susah senang bersama, sentiasa ada untuk apa2 perkara pun"

Ya Allah, ana terkedu, alangkah ruginya ana, tidak mempunyai seorang sahabat yang betul2 sahabat seperti yang ditanyanya..

Ana pernah ada kawan, kawan sekampung, kawan sekolah,
tapi,..
 sekadar kawan, cukup masa kami berpisah, membawa haluan masing2, mengejar impian masing2, tanpa kami sedar yang sudah lama kami tidak bertegur sapa bertanya khabar.. (Allahu Rabbi, terasa rindu membuak di dada terhadap kawan2 ana).. masing2 entah dimana, hilang punca ana untuk mencari..

Betullah, kata orang, bila dia ada di depan mata, kite x pernah nak tunjuk yang kita menghargai dia, menyayangi dia, tapi bila dia tiada, sangat terasa kehilangannya..

Ana ada kawan yang masih boleh contact, tapi.. suasananya x seperti dulu, x semesra semasa kami di bangku sekolah.. JUJUR, terasa seperti bercakap dengan orang asing, seperti ada batas, benteng yang menghalang kami untuk meluahkan rasa hati ini.. kenapa??
*sungguh, ana rindu suasana dulu2.. tapi, semua tu dh jadi kenangan, jadi sejarah..untuk mengembalikannya, mungkin memerlukan masa..

Sekarang ana ada kawan2 seuniversiti, selama hampir 2 tahun kami mencari ilmu di sini, kami menjadi mesra, ya, ana selesa begitu..

Dan kali ni, ana harap tali ukhwah yang kami bina x kan roboh begitu sahaja sebaik kami graduate nanti..

*kalau dulu mungkin ya, sebab kami tiada alat perhubungan untuk menghubungkan kami*
Tapi, tidak untuk kalii ni, ana akan pastikan tali ini sentiasa kukuh, sentiada hidup bertunjangkan nyawa2 pinjaman Ilahi ni..

*Sahabat, walau ana tidak pernah menunjukkan rasa cinta ana kepada kalian, ketahuilah betapa ana sgt2 menyayangi kalian kerana ALLAH..

Sayangilah ana juga kerana ana juga seperti kalian wahai SAHABATKU..
Salam Sayang dari SAHABATMU .. Nur Amalina CA.. Kelantan..


Campaign of Covering Aurat Properly (COCAP)

Assalamualaikum dan hai kepada bloggers di luar sana..

Ana ada samting nak kongsi dengan bloggers semua..
Kawan ana, dia msuk pertandingan JOM Shoot Contest (campaign of covering aurat properly, COCAP)..
so, dia ada hantar beberapa gambar tuk dipertandingkan, antaranya adalah, ni haaa..


 *JOM "Usha" Ciptaan ILAHI*


*JOM "Jaga" kebersihan*


 *JOM Sayangi Sahabat Kerana ALLAH*


*JOM Date With Girlfriends "Only For Girls"*


*JOM Sebarkan Salam*

Banyak kan??

5 gambar sekaligus,
Dia punya usaha tu MashaAllah, sanggup tidor lewat tuk contest ni.. Ana harap dia berjaya..
Contest ni melalui facebook, dan rasanya mengikut berapa 'like' yang dia dapat tuk satu2 gambar tu.. baru boleh menang..
*jom la kita pakat2 like gambarss ni..

Hmm, kami la yang jadi model2nya.. Pada tarikh sekian2, kami ke Tasik Proton City tuk shoot2 picture ni.. gambar ni yang terbaik dari yang terbaik..sangat lawak, yela nak dapatkan gambar yang terbaik memang susah.. baru la kami tau perasaan seorang model beraksi di depan camera.. huh, penat jugak la..

Tapi kami ke sana bukan tuk shooting je,, kami ada agenda lain.. kami makan2, (masak sendiri tau), kami jalan2 sekitar tasik, kami cerita2, macam2 lagilah.. best kalau bersahabat kerana Allah SWT..

*Ana harap sangat yang persahabatan kami ni, kekal hingga ke syurga.. Amin..

Wallahualam.. Assalamualaikum..

Saturday, 21 December 2013

Muhammad The Last Prophet Movie [Full] - [Authentic | صــحــيــح]



Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian..

jom tonton video ni dulu..

video ni versi english dan tiada sari kata.. (ana pun kurang paham sebenrnya)
tapi, ana dh pernah tngok yg versi bahasa melayu, lebih paham lagi..

saksikan anime ni jom..
Selamat menonton semua..

Saturday, 14 December 2013

Weekend

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hujung mingu yang ana kira awesome. Apa taknya, macam2 yang terjadi hujung minggu ni. Pertama , isu ketiadan air. Pagi Jumaat, dlm kul 7 pagi tiada air, kalut kami cari air tuk solat zuhur, asar, mgrib dan isyk. Masjid juga tangki air dh nak kering. terpaksalah kami mencari di blok kampus. Lebih dahsyat nye, kami ada pertandingan kawad kaki antara kolej sempena Karnival Sukan SUper UPSI 2013 mlm tu. Disebabkan kesusahan nk dptkn bekalan air, kami pun berkawad la dengan rupa begitu (lesu, x bermaya) tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walau x dapat no, x pe.. pengalamn tu lagi penting, bersama2 shbt lagi..

Sabtunya, kami ke kampus lama, kononnya nak sertai pasukan sorak sumbangkan suara. Alih2, kami yang terlewat smpai. Pasukan sorak dh lama balik.. kami hanya menonton perlawanan bola baling je la.. Selepas tu kami ke pekan, sbb ada pasar malam dan pulang wktu senja sbb perlu berebut bas (salah satu sbb jrg nk p pasar mlm adalah malas nk berebut bas), .

Ahad,(hari ni), x rancag nak p mna2.. ingt nak rehat je, sbb esok  dh mula kelas ( kelas yang padat Isnin, Selasa,Rabu)..

ok la semua, ana nak mintak diri dulu
Assalamualaikum..

Thursday, 12 December 2013

Last Minute

Assalamualaikum..

kata sahabat ana, dia pernah terbaca satu buku ni, ayatnya berbunyi mcm ni 
"kerja2 last minit ni, hasilnya lebih berkualiti", umpamanya di sini, macam jika kita sudah tau yang kita akan pergi menghadap Allah SWT (meninggal dunia), mungkin ibadat yang kita lakukan hari ini akan dilipat gandakan kerana esoknya kita dh x boleh nak melakukan ibadat2 tersebut.

Sama mcm kes ana, setelah semester ke4,ana n da geng masih dgn tabiat lama kami (dari sem 1 lagi) suka buat kerja last2 minit.. Alhamdulillah, setakat hari ni hasilnya tiada lagi yang mengecewakan kami. Seperti hari ni, ana sendiri bru bilik ke bilik setelah menyudahkan 2 tugasan yang perlu dihantar esok. Kami bermula agak lewat iaitu pada pkul 1.30 am sebab (haaa, bersebab, bukan saja2 nk melambatkan masa tuk siapkan tugasan) selepas isyak tadi kami perlu menghadiri latihan kawad dan latihan sorak. Kami sebahagian dari program Karnival Sukan Super UPSI. Balik dari latihan, baru kami ada masa walaupun terpaksa korbankan masa tidur.

Dan akhirnya, kedua2 tugasan kami dh siap walau x siap sepenuhnya (tinggal nak edit je), tapi kami tetap berpuas hati, itu usaha kami. Sekarang bolehla tidur dengan hati yang tenang dan senang. Alhamdulillah.

Wallahu'alam.
Selamat malam semua..

Wednesday, 11 December 2013

Belum Decide..???

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni ana n da geng tgh pening dok pikir nak buat tugasan tuk subjek biotech ni kat mna.. Tugasan yang memerlukan kami2 ni keluar dri kampus kami ni n pergi ke tempat2 yang menggunakan teknologi biotech ni dlm enghasilkan sesuatu. Contohnya, buat tapai ke, tempe ke, yogurt ke, buat roti ke.. masaelahnya skrg, kami belum lagi buat keputusan nak p mna.. bukan senang nak decide sesuatu keputusan kan, nak2 ni melibatkan keselamatan kami, masa, tenaga dan macam2 lagi la. Ada sorang ahli lm grup cdgkan buat kat kilang buat susu kultur, (vitagen ke, yogurt ke), hmm, ana pun terfikir, elok jugak cdgn tu. Smbil2 tu boleh kami rasai pengalamn bekerja di kilang makanan cenggini. (impian dri kecik lagi nk p melawat kilang) hrap2 semua ahli lain setuju la. Tapi tu semua masih dlm perancangan, bnyak benda lagi nk kene settle..

Ok la semua, ana kene gerak ni.. ada latihan kawad kejap lagi.. ana dan kawan2 kat UPSI ni mewakili kolej kami, KHAR dlm pertandingan kawad antara kolej. harap2 semua berjalan lancar..(ana bukan pndai kawad pun, cuma nak ambik pengalamn je.)

setakat ni je lah, Assalamualaikum..

Saturday, 7 December 2013

Kembara Alam Barzakh

Assalamua'alaikum..

 Kisah malam tadi..

Kembara Alam Barzakh, bunyi macam seram je kan.. tapi, tu la yang akan terjadi nanti pada kita semua ni (Bakal Jenazah).

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT, malam tadi ana dan sahabat2 ana diberi peluang dan ruang untuk merasai sendiri pengalaman menyembahyangkan jenazah, mengusung jenazah hingga ke liang lahad, membaca talkin, merasai saat bersoal jawab dengan Malaikat Munkar dan Nakir (walau hanya melalui tayangan video) dan juga rasa sendiri pengalaman berada di dalam liang lahad yang berlumpur(sebab malam tadi hujan), gelap tanpa sebarang cahaya.. Sungguh, waktu itu ana terasa takut untuk menghadapi mati yang tidak ana tau bila akan meyapa ana dan kita2 semua.. timbul bermacam persoalan dalam benak ana kala itu, Bersediakah aku? cukupkah amalan ku? apa perjuangan dan pengorbanan ku untuk Islam? Sungguh, ana insaf..

Kala menyembahyangkan jenazah, dada mula dilingkungi rasa sebak, membayangkan jenazah yang sedang disembahyangkan itu adalah orang2 yang kita sayangi, yang kita cintai. Berderai gugur air mata saat itu kebumi. Perasaan ana dan seorang sahabat ana (Haqifa Rihito) berterusan sebak sesudah mebaca talkin dan kami mula meninggalkan jenazah tadi.

Paling menyentuh perasaan, pabila ana sendiri perlu berbaring di dalam liang lahad. Walaupun liang lahad tidak seperti liang lahad sebenar (dengan hanya kedalaman separas lutut) sudah cukup mengetarkan jiwa ana, dengan suasana gelap yang menyelubungi, bersendirian menanti tibanya kedua2 Malaikat Munkar dan Nakir untuk bersoal jawab. Rasa seperti ianya benar2 berlaku. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar..

Apa yang ana nak kata kat sini, (pesanan untuk diri ana sendiri sebenarnya) selagi hidup ni kumpullah sebanyak mungkin pahala dan redha Allah untuk menghadapi hari mati kelak. Amar Maaruf, Nahi Mungkar. Bertindaklah kerana Allah dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hayati cara hidup Islam yang sebenar. Sayangilah kedua ibu bapa, keluarga, sahabat2, dan semua muslimin dan muslimat yang berada di serata dunia ni.

"Demi ALLAH, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara seketika, lalu menceritakan (pengalaman sakaratulmaut) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" -Iman Ghazali-

Firma ALLAH SWT: "Dan (ingatlah), Allah sekali-kali tidak akan tangguhkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" -A-Munafiqun ayat 11-

Wallahu'alam..


Monday, 2 December 2013

Usrah Wonderpets

Assalamualaikum..
Cik Lolly lagi haa,,..

Hujung minggu lepas, ana bersama 4 orang kawan ana ke PJ( tau kan, Petaling Jaya ).. Buat apa kami kesana???

Kami kesana tuk join Usrah yang diberi nama Usrah Wonderpets ngn sorang akak ni(skrg dah jadik Ustajah di Sarawak). Memang x rugi ke sana sbb cara akak ni buat usrah tu sgat menarik.. cara penyampaiannya, mudah difahami, memang terkesan la kat hati..

Bercerita pasal akidah, akak tu pernah kata "Akidah kita ni seumpama seekor harimau yang sedang tidur".
~~comel je kan kalo harimau tgah tidur..
Tapi, bila harimau tu terjaga, sangat nampak sifat garang dan bengis layaknya seekor harimau.. begitulah jugak dengan akidah kita, x dapat dikawal kalau ia terjaga tanpa ada persediaan serapinya..

Malam tu, akidah kami dikejutkan dengan persoalan kenapa? kenapa? dan kenapa?.. benar, tanpa persediaan, kami cepat melatah.. Siapa sangka benda seremeh itu boleh buatkan jantung kami berdebar.. itu menuntut kami berfikir di luar kotak pemikiran kami.. Ten_Q kak..

pesan akak tu lagi " Adik-adik, Jadilah muslimah TOYOTA (Moving Forward) dan jadilah muslimah NIKE (Just Do It)".

Malangnya, hanya malam itu je kami sempat jumpa dia, walau hanya beberapa jam sahaja bertemu, tapi rasa rindu, rasa sayang nak benarkan akak tu balik Sarawak, Tapi apakan daya, akak tu pun ada komitmennya sendiri.. (umo panjang jumpa lagi)..

Usrah Wonderpets, Best..
Wassalam..

Laboratory

Assalamualaikum semua...
Cakk!!!!

Nak cte sikit ni haa, malam tadi ana kemain lagi gosok baju cecantik, ingat ada kelas dari kul 8 pagi ke 5 petang, tup, tup.. p kelas awal pagi tadi, kawan2 cakap lab class x de pulak, ditunda. Pasainya, ana x tgok MyGuru, tu la padahnya.. kan dah terkena..

Papepon, tq kt kawan2 sbb gtau lab class x dek hari ni. Naseb baik x tercongok sensorang kat dlm lab tu.. 
Maknanya, lepas kelas terakhir kui 12 tghri tadi, ana dh x de kelas tuk petang ni.. So, Running Man lah jawapnye.. bila lab class dah jalan nanti, ana n kawan2 pon akan semakin bizi.. 

Semester 4 ni, Semoga Allah permudahkan segala urusan ana dan kawan2 di sini, Amin.. korang pon doa la tuk kami jugak smbil2 doa tuk diri sendiri n orang2 sekeliling korang.. 

Ten_Q
Cik Nurr

Saturday, 28 September 2013

Baby Bird

*Cik Nurr kembali*
Assalamualaikum

tetiba teringat cerita adik bongsu ana yang diceritakan kembali oleh Kak Ngah ana. 


Haa, ni la depa..
yang tersengih nampak gigi lebar-lebar tu adik bongsu ana dan yang bertudung tu  Kak Ngah ana..

adik bongsu ana punya nakai, makk aiii, memang x dak sapa boleh kalahkan kenakalannya tu..
Umie ana pun dah x tau nak buat apa lagi.. masa adik ana ni dilahirkan dulu, ok ja kulit dia, macam kami2 la, x putih x hitam.. tapi skrang ni.... haiiiii... x payah nak cerita la... 

Sekarang ni dia bersekolah rendah dekat dengan rumah, baru darjah dua.. pikiran pun x tau apa lagi..
satu hari tu, lepas je kelas fardhu ain (KAFA) kat sekolah, macam biasalah dia tunggu ayah pergi ambik dia kat sekolah. Tunggu punya tunggu, ayah x datang-datang, dia pun ambik keputusan nak balik jalan kaki.

Sampai rumah, dia cepat-cepat p kat Kak Ngah ana, dia cakap macam ni
"Ngah, cuba tengok ni". Sambil keluarkan sesuatu dari poket seluar sekolahnya. Terkejut Kak Ngah ana, bila seekor baby bird sebesar ibu jari berada di telapak tangan adik ana. Baby bird tu dah mati, mungkin sebab baby bird terlalu kecik tuk berada di dalam poket seluar sekolahnya. Boleh pulak adik ana ni kata "ambik la, bagi dia makan, rawat la ape patut." 
(dia x tau kot baby bird tu dah mati)

Kak Ngah ana pun tanya la, jumpa kat mana baby bird ni, nanti mak dia tercari-cari. dia ckap, "Entah, jumpa kat tepi jalan, sorang2 menangis kat situ, adik ambik la sebab mak dia x de, kesian burung ni anak yatim piatu."

Kak Ngah ana, apalagi gelak sakan la. Ada pulak yatim piatu yeerr. Haii, adik ana ni buat lawak ke tgah sirius ni..

Lepas tu, Kak Ngah ana pun bagitau la, macam mana nak bagi makan, baby bird ni dah mati. Adik ana ni pun tetiba jadi sedih dan pergi tanam baby bird kat belakang rumahh..

pastuu, Tamat la cerita.. k bai, 
Ahlan Wasahlan



BerPesan Pesan

Assalamualaikum
Ana di sini..

Nak pinjam kata2 dari GOOGLE..

"Setiap orang kat muka bumi ALLAH ni, berbeza rezekinya,
Ada yang dapat pekerjaan bagus-bagus,
Ada yang dapat sambung belajar tinggi-tinggi,
Ada yang murah rezeki, 
Sentiasa untung,
Cukup segala-galanya,
Cukup keperluan dan macam-macam lagi ALLAH bagi.

TAPI..
Jangan sombong,
Sebab tu semua pinjaman dari ALLAH,
Kita kena ingat,
Kesenangan juga adalah satu dugaan untuk kita,

JADI,
Bersyukurlah atas segalanya.

=D

*pesanan untuk diri sendiri*

~InDahNyA bErKaSiH SaYaNg kEraNa ALLAH~




SAPONIFICATION DAY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabun kami!!!

comei x sabun ni...???

Pagi Jumaat yang indah, excited jugak sebab Saponification ni experiment yang last..

semangatnya kami dengar penerangan dari lecturer kami tentang proses nak buat sabun ni.. 
DAN
inilah hasilnya, bila kami buat dengan bersungguh-sungguh..

TAPI....
bukan ni yang ana nak nak cerita..

ada satu kisah duka disebalik kejayaan ni..
mata ana cedera sebab ni..
bahagian bawah mata ana luka sebab terkena percikan bahan kimia 6 molar..

Ana juga perasan yang mata kiri ana dah jadi semakin kabur dari hari ke sehari.. 
tapi,, kadang2 ok je..
hmmmm...

Ana harap sangat yang semuanya akan baik2 je.
Allah itu ada..
*terkadang rasa sedih, adakah ALLAH nak tarik nikmat terindah yang satu ni?? Allahu Robbi.. Ana belum kuat untuk itu..
Harap semua ok.. Aminn
=D

~Assalamualaikum~


FiNaL exAm iS cOmIng!!!! Krik krik krik...

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA...

Rindunya kalian semua kerana ALLAH SWT..

buat pengetahuan semua, kat sini, semua pelajar Diploma tengah busy study sebab Final Exam x lama lagi dah.. isnin ni la..

Ana, sekarang sem 3 Diploma Sains.. 
banyak yang kene study, subjek pun dah makin susah2..(biochem, fizikal chem, fizik, calculus, kenegaraan dan fisiologi)..

Ana teringin sangat nak dapat DEKAN. Harap2, sahabat semua doakan ana ye... =D 

*excited nak buat Industrial Training, tapi....
nak mohon kat mana?? macam mana?? nak jadi ape?? macam kene gali ilmu lagi dengan kakak2 senior pasal ni...

= x sabar nak cepat2 final exam, sebab rindu sudah sama family ana kat kampung.. 
best macam mana pun kat tempat orang, ana lebih rindukan rumah ana, tempat ana... Kelantan, tunggu ana balik..

ANA UHIBBUKUM FILLAH.. 




Friday, 16 August 2013

Spagetti OHHH Spagetti..

Assalamualaikum semua..

memang sudah agak lama ana tidak menulis di blog ana ini.. 
bukan apa, masa tidak mengizinkan... :)


ok la, hari ni ana nak cerita pasal spagetti...

sapa kat sini suka makan spagetti??

*mesti ada yang suka makan dan x terkecuali x suka makan,,

ana sendiri pernah berada dalam kedua2 kategori ni..

mari baca apa yang ana nak kongsikan..


selepas SPM baru ana kenal dengan menu ni.. SPAGETTI.. sedih kan.. (tapi x pe, abaikan).. mula2 kenal, penerimaan ana terhadap makanan ni memang boleh dikatakan cuma 10% je.. x lalu nak mkn kalau ada dan syukur Alhamdulillah sesangat kalau memang x jumpa langsung menu nih..


semakin menginjak usia, ana semakin dewasa.. sepanjang umur ini, setiap tahun berlalu, memang ana jarang jumpa dengan menu ni.. 

mintak sangat2 supaya ana x terjumpa lagi dengan menu macam ni lagi.. (bagi ana, makanan apakah ini??)

TETAPI, 

semua berubah pada tahun ini.. 2013..

RAMADHAN 2013..

*credit kepada roomate ana, FARIHAH sbb enti dh bagi sinar dalam hidup ana, buka mata kasar dan mata hati ana pasal kewujudan menu ini, supaya ana tidak memandang rendah pada penangan menu ni..

peristiwa bermula, selepas tarawih ramadhan yang ke (lupa pulak bila)..

dia unjukkan tupperware yg berisi.. ana terkejut, setahu ana, ana x de kirim apa2 makanan pada nya untuk bersahur.. tapi ana tetap sambut tupperare tu.. 
perkara pertama yang muncul di benak ana bila terpandang spageti dan nasi goreng terletak elok dalam tupperware tu "macam mana nak makan spageti ni?, dah la 'kureng' suka. nasi goreng ok la, boleh makan"..
pikir punya pikir, (nak bagi kawan yg lain ke) (dh lewat malam) (mesti dorang dh tido).. (ignore sekejap benda tuh, sambung study)

bila malam dah terlalu larut, perut pulak macam tau2 je ada makanan, minta diisi.. perlahan2 ana buka balik tupperware tu dan mula makan sedikit demi sedikit nasi goreng tu..


sampaila kepada spageti.. mula2 ana mencuba sedikit saja.. tapi bila suapan pertama masuk ke mulut..

"Subhanallah" sedapnya spageti ni.. walaupun kuahnya simple hanya berlaukkan hirisan sosej semata-mata, tapi rasanya memang "Ya Allah" memang x boleh nak digambarkan dengan kata2.. (kuah yang bagi peranan utama nak hasilkan spageti yang sedap) (tahniah enti memang pandai bermain dengan rasa makanan nih, masih kekalkan ciri2 melayu dalam masakan barat ni, cukup rasa)

setiap malam ana termimpi mimpikan spagetti tu.. (betapa hebatnya aturan Allah swt, dengan izinNYA pandanga ana terhadap menu ni berubah dari 0% ke 10% sehinggalah 95%++


ana dah nekad raya ni ana nak cuba buat sendiri spagetti tu, makan sampai puas hati.. kebetulan hari raya kedua adalah hari lahir kakak ana yang kedua.. menunya Spagetti la..


walaupun kuahnya ana gunakan dari sos prego dalam tin, tapi ok la sebab tu first time ana buat sendiri, nak bagi family makan lagi..


*sungguh, ana lah antara yang paling banyak makan spagetti tu.. rasa cinta dan suka pada spagetti tu dah mula timbul dalam diri ana.. 


sejak hari tu la, bau je kuah spagetti, mesti ana akan kata "sedapnya". 


*FARIHAH, enti dah ubah pandangan ana terhadap spageti, terima kasih..

ada masa ana nak masak lagi spagetti ni.. hehe

p/s: jangan terlalu benci pada sesuatu tu, sbb mungkin yg dibenci tu lah akan jadi kesukaan antum-antunna semua suatu masa kelak.. dan juga janganlah terlalu menyukai sesuatu itu, mungkin saja yg disukai itu, akan jadi kebencian antum-antunna semua. 



Wallahualam..
Assalamualaikum..


Friday, 22 March 2013

BiLa FInaL eXaM dAh HabIS

AkTiViTi seLePaS FiNaL ExAm...

Assalamualaikum semua..
terasa sangat lama ana tidak menulis di sini..
kali ni ana nak cerita tentang apa yang kami buat selepas final exam dan sebelum pulang ke kampung..

hmm, macam biasala, sape2 pun kalau dah habis exam mestilah nak bergembira kan..
tak terkecuali kami..

kali ni aktiviti kami terasa sangat menarik sebab lepas je exam kami terus:

1) ke Sungai Inki, Kalumpang..
 ~ mandi sungai bersama 4 orang lagi kawan
 ~ yuni, fifah n pikah.. tq uolllsss..
 ~ makan di Restoran Dapur Siam
  * tom yam yang tersangat kaw.. sekali pandang macam kari..




memang seronok sangat..


2) kami jalan2 tanpa bayaran.. (free tuh)
 ~ niat sebenar nak ke pekan.. tapi Pak Din ajak pergi Kuala Kubu Baru n
    Slim River
 ~ perjalanan yang sangat seronok..


3) ke kampus lama..
 ~ niat juga nak menderma darah,, tapi kami terlewat..


4) seterusnya,
~ aktiviti belum dirancang.. tengok2 just duduk dalam rumah..


* walau penat macam mana pun. tapi kami sangat gembira..
 time ni je la boleh jalan2, nanti dah bukak sem baru, perlu kurangkan aktiviti ni..

Semoga bertemu di lain hari..

Sunday, 27 January 2013

cOOkiNg CoOkinG cooKING...

Assalamualaikum wbt..

bermula cerita kamiii...

27 JANUARI 2013, AHAD
"jom makan kat luar malam ni"
"x nak la, nak study ni.. malas nak keluar la".
"tapi lapar nih, eh, jom masak malam ni"
"periuk x de"
"nanti kita pinjam ngan kawan kita la"
"ok"

haaa, ni la antara dialog kami pasal nak makan..
akhirnya masak sendiri..

ni first time kami masak kat kolej selepas lama meninggalkan alam dapur bila dh mula belajar.. apa boleh buat, periuk x de, ni pun terpaksa pinjam periuk elektrik orang,, semata-mata nak masak..

ok laa... bila barang tuk buat cucur ngan nasi goreng Thaipusam dh dibeli.. (*nasi goreng Thaipusam= perencah nasi goreng cina+bahan2 nasi goreng kampung,, ada ke?.. kami la yg buat tu) kami pun mula la nak memasak..


tadaaa,, bersepah meja..
bahan-bahan nak memasak nih..

bila dah siap, kami pun apa lagi,,
panaskan periuk elektrik dan mula menumis bawang+cili.. bersin habis orang dalam rumah..


bawang+cili+fish ball+ikan bilis+serbuk nasi goreng cina+????? 
alamak kangkung belum letak lagi..

hmm. ada satu ramuan rahsia yang kami letak dalam nasi goreng ni..

ni AURA MAYA.. kat dapur ada benda nih.. bedak baby johnson pun ada.. ni kawan kami la punya kerja.. 
dapur satu ruang ngan ruang tamu.. memangla..

kami teruskan memasak sehinggalah.............



haaa.. dah pun siap.. bolehla bagi kami yg x cukup kelengkapan ni.. lagipun kami je yg makan.. 
apapun ana nak ucapkan terima kasih kepada semua housemate yg bekerja sama siapkan hidangan ni..
sedap ke, x sedap ke.. kita-kita je yang tahu..

jom makan semua..

*bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
sama-sama nak makan,sama-sama kene usaha..

ok la sampai sini saja..
terima kasih sebab sudi kunjungi blog ana..
Assalamualaikum wbt..

SATU PERMULAAN...

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Pertama sekali, ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada housemate ana yang telah membantu ana melengkapkan apa yang patut dalam blog ni.. dari tadi dia bertungkus lumus mencantikkan blog ana ni... Almaklumlah, ana masih baru dalam bidang ini... ana saksikan sendiri betapa susahnya nak buat blog yang terbaik nih.. ana hargainya..

ok lah.. (test lagi)
setelah sekian lama, memang test yang jadi peneman di sini..
tapi ok la sebab nanti nak final exam x perlu cover banyak topic sangat.. Syukur Alhamdulillah..

bila sentuh je bab test ke, exam ke.. rasanya kami lah yang paling sibuk sekali dok ulangkaji pelajaran.. mana taknya, hari Selasa ni,29 Jan test Biodiversity, esoknya test Statistik, 3 Feb pula test Kimia..
kadang-kadang stress juga sebab perlu study ketiga-tiga subjek ni hampir serentak..(kehidupan seorang pelajar memang macam ni la,, cubaan..)

sekarang ni pun tengah study Statistik, tulis blog hanya pada waktu 'take 5' je ni..

betul la orang kata, kalau study tu 50 minit untuk study dan yang 10 minit lagi untuk rehatkan fikiran.. bagi fresh sikit dan sambung la belajar.. ana cuba, ternyata berkesan.

opppsss,,
dh terlebih pulak 5 minit, nak kena pergi dulu la.. solat asar dulu baru sambung study.. Fighting!!!Fighting!!!Fighting!!!..







Saturday, 26 January 2013

PeRiNgaTan.. TeriMa KAsiH PaK ciK..


"Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku dan terimalah taubatku..Amin"

Terasa sudah lama ana tidak menulis di ruangan ini. Mungkin kekamgan masa yang terlalu mencemburui ana sehinnga ana terkadang lupa untuk on kan laptop.. hmmm, perkara biasa apabila bergelar seorang pelajar.. 

ohhh, lupa ana ingin bertanya khabar sahabiah-sahabiah semua.. ana harap kalian sentiasa sihat seperti ana, supaya dapat meneruskan kehidupan di muka bumi yang indah di samping melakukan ibadat kerana ALLAH. Niat kerana ALLAH itu yang paaaaling penting.

PERINGATAN.
Apa yang ana nak kongsi dengan kalian semua ya hari ni...
Jom Skodeng..

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di pinngiran hutan.. Tiba-tiba................. (eh, x lah..bukan yang ni cerita ana.. yang lain. Meh tengok lagi)



Begini permulaannya...
7.30 pagi..(lupa pulak hari apa)
macam biasa ana mula menapak turun ke tingkat bawah untuk kekelas.. sambil jalan nak ke bas, ana berhentilah kt satu kedai kuih ni. Kuih karipap ana pilih untuk bersarapan hari tu..

ok..kemuncak cerita dh semakin hampir..

bila dah siap beli kuih, ana terus berjalan ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, bersyukurlah ana ke hadrat ILAHI, sebab bas dah sedia menunggu. Ana masuk ke tempat bas dan duduk di sebelah kawan baik ana (barisan kedua dari depan). Sembang kejap dengan dia sambil tangan buka plastik kuih.

Setelah ana mengambil sebiji kuih karipap tu, ana baca doa dan terus makan. suapan pertama (emm, sedapnya kuih  ni, pandai orang yang membuatnya,*sempat lagi*). Tiba-tiba ana bunyi bising kat depan pemandu bas, rupa-rupanya pak cik bas marah-marah sebab makan dalam bas. Ana yang masih belum menelan suapan pertama tu terus tergamam dan tengok je pak cik dlm keadaan blurr(sebab x jelas sangat).

Lama-lama ana dah mula faham apa yang dibebelkan itu, OHH, JANGAN MAKAN DALAM BAS..
Ana pandang kiri dan kanan, x de sapa pun yang makan selain ana, jadi fahamlah ana bebelan tu dutujukan khas buat ana. Ana apalagi terus rasa segan sebab dalam bas tu ramai orang.. hanya perkataan maaf je yang mampu ana ucapkan kat pak cik bas tu. Sepanjang perjalanan ana hanya dia je dalam bas. Bila bas dah sampai ke kampus, ana teringin nak ucapkan maaf sekali kat pak cik tu dan terima kasih sebab dh tegur ana,    rupanya ini bukan kali pertama ana makan dalam bas, dah banyak kali sebenarnya, tapi semuanya nasib baik sbb x pernah tertangkap.. (hehe..) 

Ana pun nak turun sambil dok pikir nak mintak maaf macam mana dengan pak cik bas ni.. sampai je kat depan tu, ana tengok pak cik bas tu dh keluar awal- awal lagi. sampai ke hari ni ana belum mintak maaf kat pak cik bas tu. Frust ana, rasa beralah sangat.

( sebab tu la ana menulis di sini, supaya rasa bersalah tu x menghantui diri ana* cehh, ayat)

*buat pak cik bas ANA MINTA MAAF N TERIMA KASIH SEBAB SUDI TEGUR ANA, ANA KHILAF SELAMA INI. 
(haaa, makan lagi la dalam bas tu)

Ok la, harap semua kita dapat peringatan jangan sesekali makan dalam bas..
*pak cik bas marah tu bukan sebab apa, cuma dia x mao bau makanan tu terperangkap dalam bas, kan bas ber-aircond. 

Sapa yang ada dalam bas tu mesti gelak habis kan tengok reaksi ana pucat semacam.. 

rasanya sampai sini saja la cerita x seberapa ana.. semoga berjumpa di lain hari.. 
ASSALAMUALAIKUM WBT.. :)

Monday, 21 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur, dengan izin Allah, ana mula tertarik untuk menyertai dunia blog setelah 20 tahun hidup di muka bumi yang indah ini. 

Memang ana tidak nafikan, dulunya ana memandang blog hanya sekadar suatu yang boleh diabaikan, tapi sekarang sudah terbukti ana telah kalah dengan pemikiran ana sendiri. Satu permulaan baru buat ana dalam dunia blog ini apabila ana cukup susah untuk memulakan bicara pertama ana di sini. Pertama kalinya ini mungkin tidak banyak yang ana boleh ceritakan kerana ana masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang blogger. 
Inilah permulaan ana sebagai seorang blogger, selamat datang semua. InsyaAllah, tiba masanya ana akan berkongsi cerita dengan teman2blogger semua. Semoga berjumpa lagi. Ana perlu cepat sebab kejap lagi ada meeting. Assalamualaikum wbt. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.