Cik Nurr

Cik Nurr

Friday, 28 February 2014

Yeayy, Dah Ade Jam Tangan!!!!

OOOhaaaaiiiiii..... Assalamualaikum...

Ana ni dari dulu lagi memang alergik dengan JAM TANGAN.. tak tau kenapa, ana ni tak boleh beli jam tangan, mesti x sampai seminggu, jam dh rosak.. so, ana ambik keputusan x nak beli dah jam tangan lagi.. (tak kan tergoda lagi dengan jam tangan ni)...kali terakhir ana beli jam tangan pun masa ana berada di sekolah menengah bawah..Bayangkan...

Hari terakhir dalam bulan FEBRUARI 2014...
Terliur pulak nak pakai jam setelah berabad x mengenakan 'aksesori' tu kan..
Nampak je jam tangan dok tergolek dalam air, terus terpikat (sebelum tu, kawan dah cerita dah yang dia berkenan dengan jam dalam air tu). Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", ana belilah jam tangan tu dengan harga RM 10..



Pararammm..... ni haa, jam nyaa..

Sehari dua ni memang excited la pakai jam 24 jam.. haaa...(x perlu risau jam rosak kalau basuh tangan lupa nak tanggalkan jam)
kan jam kalis peluru.. (kalis air oke)


Camera cap ayam, so gambar jamnye x cantik la.. 

Sekarang perlu menghitung hari, berapa lama jam ni boleh bertahan berada di bawah pengawasan ana. Ana akan selalu perhatikan dia.. (tengok waktu solat)... ceeewaahh..

*separuh hari jam ni berjaya survive, harapnye esok, lusa, tulat dan hari2 seterusnya dia yang akan jadi peneman ana.. mohon bertahan ye jam untuk tuanmu ini..

Ok la, nak tidoq la, nak mimpi dok di taman bunga bersama jam tangan baru ni (apekehal budak ni???)

Credit to: A'an sbb tolong pilih jam yang kiut miut simple ni.. i like it.. 
Bye and Assalamualaikum...

Tuesday, 25 February 2014

Nasi Ambeng di Felda Sg. Tengi..

Assalamualaikum semua.. :)

Pemergian ana ke Felda Sg. Tengi bukan sahaja mempertemukan ana dengan keluarga angkat malah ana bertemu dengan sesuatu yang sudah lama ana cari-cari, nanti-nanti, harap-harap (ecececehhh, macam series je bunyik..)..
dipanggil NASI AMBENG..

Sepanjang hidup di muka bumi Allah yang indah dan segala2nya mencukupi ni (Alhamdulillah), sekali pun ana x pernah nak menikmati juadah yang digelar Nasi Ambeng ni, yang glemer di kalangan Orang Jawa..
Kiranya ana ke sana ni langkah kanan la sebab berpeluang merasai keenakan dan keunikan nasi ambeng ni..(hoooreeeyyyy!!!, lompat tinggi-tinggi)..

Masing-masing yang tak pernah makan nasi ambeng ni dah jadi macam kanak-kanak Ribena bila diberitahu hari terakhir disana akan diadakan rewang tuk masak nasi ambeng.. (sekali lagi hoooreyyy!!!, lompat lagi tinggi)... Ade can la ana nak makan nasi ambeng ni....


tadaaaaaa.... ni haaa nasi ambengnya..


Mula-mula tengok tu sedikit terkejut la sebab mee goreng ada sekali dalam hidangan tu.. first impression UNIK..


ni pulak nasi ambeng bersama salah seorang beradik angkat ana.. Wanii


Rasa nasi ambeng ni boleh tahan jugak la...ok la untuk first trial ni.. Nak2 makan bersama keluarga angkat dan beradik angkat yang lain, Iliya, Biey, Wani, Mak, Abah, n ana sendiri.. bayangkan kami dah makan 6 orang pun nasi ambeng tetap x habis jugak.. terlalu kenyang.. (setalam patut boleh makan 10 orang baru betul2 licin talam tu)

Pengalaman terbaik sepanjang berada di Felda Sg. Tengi.. Program Bakti Siswa banyak membawa kenangan suka kepada ana n the geng.. (duka x dek)..

alamak, dah pukul 1 lebih...
ok la..ana  perlu siap2 ke kelas.. 

*x sabar nak habiskan semester ni, lagi sebulan.. nak p melawat mak angkat then boleh balik kampung.. 

Ahlan Wasahlam...

Saturday, 22 February 2014

Wanita VS Cincin..

x kesah cincin emas ke perak ke.... sume boleh..

Assalamualaikum.. teringin nak menulis about this..

Tetiba sorang senior berbicara mengenai cincin dan wanita.. ape kaitannye?????

*masa tu, tetiba diajukan soalan olehnya..
"Betul ke, kalo seseorang perempuan tu pakai cincin lebih2 lagi cincin emas yang elok ade permata lagii haa, dia tu dh berpunya?? #means that perempuan tu dah bertunang ataupun dah jadi Puan..

Ana terdiam dan terkaku, boleh pulak tanya soalan cenggini padahal masa tu kami tengah ada discussion..
Pastu die cerita la yang die pernah tegur seorang perempuan yang pkai cincin ni, tetiba perempuan tu sedikit tersentak then kata jangan sebut lagi hal macam tu kerana cincin tu tunang dia yang bagi (cincin tunanglah kiranya)..

start that day, dia assume semua wanita yang pakai cincin ni dah berpunya (x kesah cincin emas ke perak ke.... sume boleh)
Hmm, bagi ana la, x semua wanita yang memakai cincin ni dah berpunya.. Mungkin hanya tuk menjaga dirinya dengan menyembunyikan identiti sebenar.. ataupun ape2 je lah alasan yang setiap wanita miliki.. mesti ade alasannya yang tersendiri, kan3??

nanti la nak survey2 tanya kawan2 menegenai benda nih.. isu yang menarik tuk dibincangkan..ape pulak pendapat dorang..

ok la, kene peri dulu sbb kawan call suh p makan spageti kat umah die..
Assalamualaikum..

Friday, 21 February 2014

bezday Nura!!! Bezday Nisakk!!



Assalamualaikum dan hai hai hai...

Semalam 20 Feb, sanah helwah adikku Nura fazira bt Mat Noor.. surprise party yg awesome tuk kamu even semua org bz prepare tuk test SBV mlm tu.. bezday kamu tetap dorng x lupakan.. *sedap kek, tq sbb jemput kami2..

*dari Lolly, semoga panjang umo n murah rezeki.. hidup sentiasa diberkati Allah, dapat suami soleh (penting tuh).. dan segala2nya yng baik tuk kamu..

Hari ni 21 feb.. besok plak 22 Feb..of course x lupa bezday kawan ku yang kiut miut ni (Nur Annisa Nor Napis).. berasal dari Penang dan hmpir 2 tahun kite kiteorangjadi geng (OCTAGIRSL ok)...

ok la... ucapan tuk nisak syang..

*dari Lolly, Hepi 22.. 22 kan? kan3?? Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umo, semoga berjaya dunia akhirat, semoga dapat suami soleh. anak soleh  n solehah...hehehe.. sudah cukup sudah gaduh ngn Tuan Sharifah (korang kalo jumpe mesti nk bertikam lidah kan, btw tu comel sgt).. <3

#Sempat lagi berbelog walaupun dalam persiapan nak p bergerak kerja di kafe.. program la...

ok la Nisakk, bye bye..

bye2 Nura..

sayang korang okkk!!!!

Assalamualaikum..


Thursday, 6 February 2014

oh Belut

Assalamualaikum dan haiii...

Tetibe ana teringat kat kampung bila sebut pasal belut.. semua bermula dari rumah, ana setat makan belut masa kat rumah, ana masak sendiri belut tu pun dekat rumah..

Masa ana balik cuti Gong Xi Fa Chai hari tu, adik bongsu ana teringin sangat nak makan nasi ngan lauk belut.. Pastu adik ana suruh p ambik belut dalam kolam kat umah Ayah Long( sebelah rumah), sampai ke suuudah ana x ambik pun..

Bila Kak Long pun balik ke kampung, ana dah plan siap2 ngan die nak p bandar tuk beli bekalan makann. Tambahan, dia 'mengidam' nk makan nasi lemak sambal sotong. Jadi, kene beli la sotong banyak2..(ramai yg nak mkn ni, keluarga besar kami = kurang sorang nak jadi sedozen) Berkali2 mak sedara ana dok pesan kat ana suh beli belut yg dh siap potong kt bandar ekoran adik ana x dpt mkn belut lgi.. Lagipun bukan semua orang dlm rumah ana yang makan belut termasukla mak sedara kesayangan ana tu.. dua tiga orang je yang makan..

Bila dh smpai pekan, terasa macam bnyk pulak barang nak kene beli.. mna nak beli barang basah lagi, barang kering lagi (kain tudung n cadar tilam, huhu)..pusing punya pusing bandar tu, x sedar masa dh hmpir waktu zohor.. dah la datang dgn pak sedare, kite pulak buat lambat.. kesian dia tguu lama..

So, time beli barang basah ni la yang kalut..rasa macam Running Man pulak dok berlari dalam pasar basah, mana nak pilih ikan, nak pilih sayur.. dan satu lagi, rasa mcam pasar basah tu ana yang punya.. bebas kemana saja dengan berlari2..

Seperti dijangka, dalam keadaan kalut2 tu, BELUT jugak yang terlupa nak beli..
Next time je la dik..
Bai..


tengok gambar belut ni puas2.. 

Sunday, 2 February 2014

Rumahku Syurgaku..

Assalamualaikum..

Seminggu bercuti rasa macam sekejap je sebab kat rumah macam2 aktiviti nak dibuat bersama. Layan muvie (Ustaz, mu tunggu aku datang, Epic, Hantu Tok Mudim) semua cerita kami tengok termasuklah cerita P.Ramlee Musang Berjanggut. Petang2 riadah main bola jaring, main lompat getah (zero point).. Best..

2 hari sebelum balik, kami masak makanan yang best2. Hari khamis masak nasi lemak ngn sambal sotong, hari jumaat pulak kami masak nasi kerabu ayam berempah. Bolehla bawak nasi kerabu kat sini. Menu sampingan ialah puding telur, kerepek pisang, jemput pisang (kebetulan pisang sedang masak, so semua menu kene letak pisang).. Pun best..

  

Baru sehari setengah tinggalkan rumah, dah rasa rindu kat dorang tu semua.. sampai terbawa2 dalam mimpi.. Mimpi ayah membonceng ana yang dah besar panjang ni dengan umi naik basikal tua. Yang lebih best, dalam mimpi tu menggambarkan ana dok atas riba ayah (macam pelik je, nama pun mimpi). Rasa macam anak bongsu pulak sebab umi dan ayah sangat manjakan ana time tu.. Ayah ajak kami makan goreng pisang kat hujung jalan sana.. X sempat nak makan goreng pisang roomate dh kejut tuk solat..



*rindu sesangat..
Nak balik lagi........