Cik Nurr

Cik Nurr

Tuesday, 25 February 2014

Nasi Ambeng di Felda Sg. Tengi..

Assalamualaikum semua.. :)

Pemergian ana ke Felda Sg. Tengi bukan sahaja mempertemukan ana dengan keluarga angkat malah ana bertemu dengan sesuatu yang sudah lama ana cari-cari, nanti-nanti, harap-harap (ecececehhh, macam series je bunyik..)..
dipanggil NASI AMBENG..

Sepanjang hidup di muka bumi Allah yang indah dan segala2nya mencukupi ni (Alhamdulillah), sekali pun ana x pernah nak menikmati juadah yang digelar Nasi Ambeng ni, yang glemer di kalangan Orang Jawa..
Kiranya ana ke sana ni langkah kanan la sebab berpeluang merasai keenakan dan keunikan nasi ambeng ni..(hoooreeeyyyy!!!, lompat tinggi-tinggi)..

Masing-masing yang tak pernah makan nasi ambeng ni dah jadi macam kanak-kanak Ribena bila diberitahu hari terakhir disana akan diadakan rewang tuk masak nasi ambeng.. (sekali lagi hoooreyyy!!!, lompat lagi tinggi)... Ade can la ana nak makan nasi ambeng ni....


tadaaaaaa.... ni haaa nasi ambengnya..


Mula-mula tengok tu sedikit terkejut la sebab mee goreng ada sekali dalam hidangan tu.. first impression UNIK..


ni pulak nasi ambeng bersama salah seorang beradik angkat ana.. Wanii


Rasa nasi ambeng ni boleh tahan jugak la...ok la untuk first trial ni.. Nak2 makan bersama keluarga angkat dan beradik angkat yang lain, Iliya, Biey, Wani, Mak, Abah, n ana sendiri.. bayangkan kami dah makan 6 orang pun nasi ambeng tetap x habis jugak.. terlalu kenyang.. (setalam patut boleh makan 10 orang baru betul2 licin talam tu)

Pengalaman terbaik sepanjang berada di Felda Sg. Tengi.. Program Bakti Siswa banyak membawa kenangan suka kepada ana n the geng.. (duka x dek)..

alamak, dah pukul 1 lebih...
ok la..ana  perlu siap2 ke kelas.. 

*x sabar nak habiskan semester ni, lagi sebulan.. nak p melawat mak angkat then boleh balik kampung.. 

Ahlan Wasahlam...

No comments:

Post a Comment