Cik Nurr

Cik Nurr

Sunday, 2 February 2014

Rumahku Syurgaku..

Assalamualaikum..

Seminggu bercuti rasa macam sekejap je sebab kat rumah macam2 aktiviti nak dibuat bersama. Layan muvie (Ustaz, mu tunggu aku datang, Epic, Hantu Tok Mudim) semua cerita kami tengok termasuklah cerita P.Ramlee Musang Berjanggut. Petang2 riadah main bola jaring, main lompat getah (zero point).. Best..

2 hari sebelum balik, kami masak makanan yang best2. Hari khamis masak nasi lemak ngn sambal sotong, hari jumaat pulak kami masak nasi kerabu ayam berempah. Bolehla bawak nasi kerabu kat sini. Menu sampingan ialah puding telur, kerepek pisang, jemput pisang (kebetulan pisang sedang masak, so semua menu kene letak pisang).. Pun best..

  

Baru sehari setengah tinggalkan rumah, dah rasa rindu kat dorang tu semua.. sampai terbawa2 dalam mimpi.. Mimpi ayah membonceng ana yang dah besar panjang ni dengan umi naik basikal tua. Yang lebih best, dalam mimpi tu menggambarkan ana dok atas riba ayah (macam pelik je, nama pun mimpi). Rasa macam anak bongsu pulak sebab umi dan ayah sangat manjakan ana time tu.. Ayah ajak kami makan goreng pisang kat hujung jalan sana.. X sempat nak makan goreng pisang roomate dh kejut tuk solat..



*rindu sesangat..
Nak balik lagi........




No comments:

Post a Comment