Hmm, now tepat pukul 10.03 pm masa ana mula menaip new entry ni setelah berkurun x usik benda ni.. bukan x nak update tapi, ana and da geng tengah bizi sekarang sebab tengah final exam.. rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.. nak mintak maaf jugak la kalau ada entry ana sebelum ni ada yang menyinggung perasaan kalian.
Baiklah, ucap selamat sudah, mintak maaf jugak sudah.. now ana nak share hari ana disini, Universiti Pendidikan Sultan Idris.. korang nak tau, ni kali pertama ana dan kengkawan beraya disini, walau ade yang akan cakap "ala, upsi je pun" tapi bagi ana ini pengalaman terbaik ana sebab hampir 3 tahun kami kat sini, ini kali pertama dan akan jadi kali terakhir beraya bersama dengan kawan2...dah la tak balik kampung beraya dirumah bersama keluarga, kene pulak beraya dengan pegang nota bagai sebab masih ada satu paper yang menanti dalam dewan exam nuhh..
Tapi papepon, sambut raya diperantauan ni x kurang hebatnye dengan sambut raya kat rumah.. ok, ana akan cerita flow perjalanan majlis pada hari ini sampai kesaat ini..
kul 8.30 pagi
ke Masjid Al Mursyidin UPSI
Depan Pusat Islam UPSI
Solat raya..
sambil dengar khutbah raya, sambil main dengan Baby Wafa.. comel sangat..
nampak dak baby comel tu, ekceli kan, ana n da geng pantang tengok baby comel nih, geram.. sebab depa comel, suci, wangi.. sape setuju angkat jari je...
masa tu jugak la try beramah mesra dengan mama Wafa ni, pongpangpongpag dok tanya anak nama ape, umo berapa,.. boleh pulak tanya gender si Wafa ni, dah sah2 la dia baby girl.. baju pun mickey mouse kot..
Salam Aidil Adha dari kami geng x balik kampung
Lepas habis semua drama2 sedih kat masjid sebab ramai yang x dapat balik kampung, kami pun pergilah nak menjamu selera raya dekat dewan Kolej Ungku Omar.. kalau nak tau kami ni penghuni Kolej harun Aminurrashid.. kolej sebelah KUO.. sebab majlis tu terbuka untuk semua jadi kami pergi la berduyun2 sampai trip makanan x henti2 dok antar makanan, tapi still kami kongsi makanan tu.. kami kan dah senior berkorban la sikit untuk adik2 junior yang buat que berderet kat belakang kami..
KUO
Budak2 final year Diploma Sains UPSI..
Habis je menjamu selera, kami pun balik la ke rumah sambung nak masak menu raya kami pulak.. ekceli masih lapar sebab tadi makan x cukup kan.. hehe, ok menu raya kami adalah kue teow bandung resepi dari kawan ana, Ain.. keke, sodap.. berani cakap x sedap..
kuah kue teow bandung
Pastu ingat nak study la lepas makan kenyang, tapi lain pulak yang jadi, boleh pulak p layan Running Man dok berlari atas karpet akupuntur tu.. habis je cerita, kami tido,..memang x cakap banyak masa tu, terus tido.. Almaklumlah penat dan kenyang..ok bajet nak sambung study malam ni.. Tapi dapat call pulak kawan sekolej ajak p mkn umah dia.. ade juadah raya dari rumah.. so pukul 9pm tadi pergilah kami untuk makan kali kedua..ade sate, mee udang, sup tulang, nasi impit, lemang, air sirap, karipap, rebung dan sebagainya.. x larat nak menyebutnya aihh..
tengok gambar je lah..
lemang
mee kari
sate tinggal lidi je, lemang seketoi, karipap, rendang kerang..
ni pun dah cukup baik sangat bagi kami kat perantauan ni..
lepas makan terus ana balik bilik, update ni haaa, dah la guna lappy kawan, nasib baik dia baik... sebab dia kak cik juga.. so kami adalah 'kak cik square'.. teheee~~ kenyang sungguh sampai kene paksa makan kek batik oleh Nura sshi..
menarik ke tidok cerita raya di perantauan kami???
baru ana faham perasaan budak2 sabah sarawak yang selalu x balik raya selama ni, budak2 diperantauan Australia, US, UK mana tu.. tapi kali ni mungkin lebih meriah sebab ramai yang x balik, maybe sebab ada ana kot.. hehe..
kali ni rajin pulak nak update dengan gambar berlambak kat satu entri.. Redha jela.. x bosan sikit dok bacaaa je manjang, cuci mata tengok gambar2 ok cikit kut..
Inilah cerita raya ana and da geng, anda?? bolehla nak kongsi2..
*tinggalkan komen dan follow belog saya.. terima kasih..
Salam Aidil Adha,
Lolly..








No comments:
Post a Comment