Entry sebelum ni ana pernah cerita kan yang ana and da geng tak balik beraya haji kat rumah sebab terikat dengan last paper (Kimia Tak Organik).. korang nak tau tak, petang tadi kami dah tamatkan paper tu, hehe, gumbira yang teramat.. (teramat ke?? x la teramat sangat, gumbira sikit je, sebab ade lagi kawan2 ana yang perlu berperang untuk satu paper lagi.. sebab sem ni kene ambik subjek elektif so tarikh exam pun jadi lain2 la.. Doakan kawan2 ana ye untuk paper mereka yang terakhir iaitu Pemisahan Dalam Kimia..
Ok, back to the real point.. (omputih sket)..
*korang boleh anggap yang entry ni bersambung dengan enty yang sebelum ni ok..
Kami ni sedih jugak la bila tau yang kami akan beraya haji kat sini (UPSI) buat kali yang pertama dan In Shaa Allah kali yang terakhir, sebabnya satu, pikir tak boleh nak berkumpul ramai2 ngan family and sanak sedare yang suka datang bertandang kat rumah time anak menakan dia x dak kat rumah, pastu x boleh nak pergi tengok orang sembelih lembu untuk ibadah Qurban dan yang paling penting x boleh nak merasa daging Qurban.. huwaaa..
Tapi kan, Allah itu Maha Adil. tahu kenapa?? sebab hari raya ke2 (iaitu semalam) ana and da geng dapat jemputan dari rumah sebelah tuk kongsi masak2 dan makan daging qurban tau.. Ya Allah gumbira bukan kepalang kami.. hehe.. Raya2 kat perantauan pun dapat jugak merasa daging qurbannya..(yela, ingat kampung ja ka ade daging qurban??)
oke ape kate ana belanja ni...
daging sedang dihiris kecik2..
Sambil dok menghiris daging tu sambil dok bincang nak buat menu apa. paling kesian kat budak sabah tu sebab dia x paham kami cakap.. kami kelantanese so bila jumpa memang pekat la dialeknya..
jom masak: ni baby carrot, brokoli n sayur ape ntah tu..
menu: crispy limpa, daging goreng kunyit, paru gulai hitam.. nama diberi oleh budak sabahan tu..
Kat dapur (plus ruang tamu) yang kecik tu la kami berperang dengan sudip dan periuk nak siapkan juadah, masing2 dah lapar lepas balik dari exam.. lepas magrib kami pun makan la dengan seronoknya sehingga kekenyangan.. makan dalam talam itu sunnah.. bestt ooo..
opss, lupa plak nk letak gambar masakan kami, tapi ia x la se Gah namanya sebab ni cara budak2 dok kolej masak, dengan peralatan x lengkapnye.. cincai cincai je.. ni pun gambar ambik last2 dah sebab masa nak makan tu sume dah x ingat ape dah, x de plak nak snap picture ke hape ke kan.. lapar lebih menguasai.. tapi, doa makan kami baca oke..
taraaa... daging goreng kunyit tu sedikit hancur sebab ter rebus terlalu lama.. kolej kami x de peti ais jadi kene rebus la daging2 tu supaya x busuk..
Sebab dah last2 kan jadi lauk pauk ni nampak biasa2 je..
Hmm, Alhamdulillah, makan kenyang, exam pun dah habis, jadi moh ler kite layan ceghite pulak.. selamat menjamu mata..
Masih dalam mood raya..
Masih dalam mood raya..
Salam AidilAdha,
Lolly Amalin..
*tinggalkan komen dan follow belog ana.. terima kasih,, gumapsumnida..
Assalamualaikum...





No comments:
Post a Comment