Cik Nurr

Cik Nurr

Tuesday, 7 October 2014

Daging Qurban..

Assalamualaikum.. .

Entry sebelum ni ana pernah cerita kan yang ana and da geng tak balik beraya haji kat rumah sebab terikat dengan last paper (Kimia Tak Organik).. korang nak tau tak, petang tadi kami dah tamatkan paper tu, hehe, gumbira yang teramat.. (teramat ke?? x la teramat sangat, gumbira sikit je, sebab ade lagi kawan2 ana yang perlu berperang untuk satu paper lagi.. sebab sem ni kene ambik subjek elektif so tarikh exam pun jadi lain2 la.. Doakan kawan2 ana ye untuk paper mereka yang terakhir iaitu Pemisahan Dalam Kimia..

Ok, back to the real point.. (omputih sket)..
*korang boleh anggap yang entry ni bersambung dengan enty yang sebelum ni ok..

Kami ni sedih jugak la bila tau yang kami akan beraya haji kat sini (UPSI) buat kali yang pertama dan In Shaa Allah kali yang terakhir, sebabnya satu, pikir tak boleh nak berkumpul ramai2 ngan family and sanak sedare yang suka datang bertandang kat rumah time anak menakan dia x dak kat rumah, pastu x boleh nak pergi tengok orang sembelih lembu untuk ibadah Qurban dan yang paling penting x boleh nak merasa daging Qurban.. huwaaa..
Tapi kan, Allah itu Maha Adil. tahu kenapa?? sebab hari raya ke2 (iaitu semalam) ana and da geng dapat jemputan dari rumah sebelah tuk kongsi masak2 dan makan daging qurban tau.. Ya Allah gumbira bukan kepalang kami.. hehe.. Raya2 kat perantauan pun dapat jugak merasa daging qurbannya..(yela, ingat kampung ja ka ade daging qurban??)

oke ape kate ana belanja ni...







daging sedang dihiris kecik2..


Sambil dok menghiris daging tu sambil dok bincang nak buat menu apa. paling kesian kat budak sabah tu sebab dia x paham kami cakap.. kami kelantanese so bila jumpa memang pekat la dialeknya.. 


jom masak: ni baby carrot, brokoli n sayur ape ntah tu.. 
menu: crispy limpa, daging goreng kunyit, paru gulai hitam.. nama diberi oleh budak sabahan tu..

Kat dapur (plus ruang tamu) yang kecik tu la kami berperang dengan sudip dan periuk nak siapkan juadah, masing2 dah lapar lepas balik dari exam.. lepas magrib kami pun makan la dengan seronoknya sehingga kekenyangan.. makan dalam talam itu sunnah.. bestt ooo..

opss, lupa plak nk letak gambar masakan kami, tapi ia x la se Gah namanya sebab ni cara budak2 dok kolej masak, dengan peralatan x lengkapnye.. cincai cincai je.. ni pun gambar ambik last2 dah sebab masa nak makan tu sume dah x ingat ape dah, x de plak nak snap picture ke hape ke kan.. lapar lebih menguasai.. tapi, doa makan kami baca oke.. 


taraaa... daging goreng kunyit tu sedikit hancur sebab ter rebus terlalu lama.. kolej kami x de peti ais jadi kene rebus la daging2 tu supaya x busuk..

Sebab dah last2 kan jadi lauk pauk ni nampak biasa2 je.. 
Hmm, Alhamdulillah, makan kenyang, exam pun dah habis, jadi moh ler kite layan ceghite pulak.. selamat menjamu mata..

Masih dalam mood raya..

Salam AidilAdha, 
Lolly Amalin..

*tinggalkan komen dan follow belog ana.. terima kasih,, gumapsumnida..
Assalamualaikum...





Sunday, 5 October 2014

Aidil Adha di Perantauan...

Assalamualaikum dan selamat hari raya qurban...

Hmm, now tepat pukul 10.03 pm masa ana mula menaip new entry ni setelah berkurun x usik benda ni.. bukan x nak update tapi, ana and da geng tengah bizi sekarang sebab tengah final exam.. rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.. nak mintak maaf jugak la kalau ada entry ana sebelum ni ada yang menyinggung perasaan kalian.

Baiklah, ucap selamat sudah, mintak maaf jugak sudah.. now ana nak share hari ana disini, Universiti Pendidikan Sultan Idris.. korang nak tau, ni kali pertama ana dan kengkawan beraya disini, walau ade yang akan cakap "ala, upsi je pun" tapi bagi ana ini pengalaman terbaik ana sebab hampir 3 tahun kami kat sini, ini kali pertama dan akan jadi kali terakhir beraya bersama dengan kawan2...dah la tak balik kampung beraya dirumah bersama keluarga, kene pulak beraya dengan pegang nota bagai sebab masih ada satu paper yang menanti dalam dewan exam nuhh..

Tapi papepon, sambut raya diperantauan ni x kurang hebatnye dengan sambut raya kat rumah.. ok, ana akan cerita flow perjalanan majlis pada hari ini sampai kesaat ini..

kul 8.30 pagi
ke Masjid Al Mursyidin UPSI


Depan Pusat Islam UPSI


Solat raya..
sambil dengar khutbah raya, sambil main dengan Baby Wafa.. comel sangat..


nampak dak baby comel tu, ekceli kan, ana n da geng pantang tengok baby comel nih, geram.. sebab depa comel, suci, wangi.. sape setuju angkat jari je...


masa tu jugak la try beramah mesra dengan mama Wafa ni, pongpangpongpag dok tanya anak nama ape, umo berapa,.. boleh pulak tanya gender si Wafa ni, dah sah2 la dia baby girl.. baju pun mickey mouse kot.. 


Salam Aidil Adha dari kami geng x balik kampung


Lepas habis semua drama2 sedih kat masjid sebab ramai yang x dapat balik kampung, kami pun pergilah nak menjamu selera raya dekat dewan Kolej Ungku Omar.. kalau nak tau kami ni penghuni Kolej harun Aminurrashid.. kolej sebelah KUO.. sebab majlis tu terbuka untuk semua jadi kami pergi la berduyun2 sampai trip makanan x henti2 dok antar makanan, tapi still kami kongsi makanan tu.. kami kan dah senior berkorban la sikit untuk adik2 junior yang buat que berderet kat belakang kami.. 


KUO


Budak2 final year Diploma Sains UPSI..

Habis je menjamu selera, kami pun balik la ke rumah sambung nak masak menu raya kami pulak.. ekceli masih lapar sebab tadi makan x cukup kan.. hehe, ok menu raya kami adalah kue teow bandung resepi dari kawan ana, Ain.. keke, sodap.. berani cakap x sedap.. 


kuah kue teow bandung


Pastu ingat nak study la lepas makan kenyang, tapi lain pulak yang jadi, boleh pulak p layan Running Man dok berlari atas karpet akupuntur tu.. habis je cerita, kami tido,..memang x cakap banyak masa tu, terus tido.. Almaklumlah penat dan kenyang..ok bajet nak sambung study malam ni.. Tapi dapat call pulak kawan sekolej ajak p mkn umah dia.. ade juadah raya dari rumah.. so pukul 9pm tadi pergilah kami untuk makan kali kedua..ade sate, mee udang, sup tulang, nasi impit, lemang, air sirap, karipap, rebung dan sebagainya.. x larat nak menyebutnya aihh..
tengok gambar je lah.. 

lemang


mee kari


sate tinggal lidi je, lemang seketoi, karipap, rendang kerang..

ni pun dah cukup baik sangat bagi kami kat perantauan ni..
lepas makan terus ana balik bilik, update ni haaa, dah la guna lappy kawan, nasib baik dia baik... sebab dia kak cik juga.. so kami adalah 'kak cik square'.. teheee~~ kenyang sungguh sampai kene paksa makan kek batik oleh Nura sshi.. 

menarik ke tidok cerita raya di perantauan kami??? 
baru ana faham perasaan budak2 sabah sarawak yang selalu x balik raya selama ni, budak2 diperantauan Australia, US, UK mana tu.. tapi kali ni mungkin lebih meriah sebab ramai yang x balik, maybe sebab ada ana kot.. hehe..

kali ni rajin pulak nak update dengan gambar berlambak kat satu entri.. Redha jela.. x bosan sikit dok bacaaa je manjang, cuci mata tengok gambar2 ok cikit kut..
Inilah cerita raya ana and da geng, anda?? bolehla nak kongsi2..

*tinggalkan komen dan follow belog saya.. terima kasih.. 

Salam Aidil Adha,
Lolly.. 







Tuesday, 26 August 2014

BANGKIT..


Jatuh itu Biasa,
BANGKIT itu yang Luar Biasa..

Assalamualaikum..

Doakan ana sentiasa bangkit setiap kali jatuh..
Ana juga akan doakan anda semua..

Lamanya tak mnjenguk keadaan disini.. ok ke, tak oke ke, ana tak kan tau kalau ana tak lihat dengan mata ana sendiri.. Alhamdulillah, semuanya nampak baik2 saja..

Selagi bernama manusia, tidak selalunya manusia itu akan terus berjalan diatas landasannya, betul kan..??
Mungkin sesekali kaki itu tersalah memijak rumput dikiri dan kanan landasan itu.. walaupun sudah ada sign board "DILARANG MEMIJAK RUMPUT".. tapi, itulah manusia.. 
Pantai juga punya pasang dan surutnya...
Bunga juga ada kembang dan kuncupnya...
malam berganti siang, siang berganti malam...
Itu hukum alam..

Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.. 
percaya pada ALLAH, percaya pada setiap aturan yang telah ditetapkan-NYA...
USAHA DOA TAWAKKAL... serahkan segalanya pada DIA..

#throwback..
Ana sering tertanya2, kenapa sepanjang berada di Bumi Murabbi ini, sekali pun ana belum dapat kejayaan besar???
Allahurobbi, berat nih...
kejayaan kecil itu, bukankah kejayaan namanya??
Semester terakhir disini bukan sebagai pintu penamat tapi ia adalah gerbang permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.. Kenapa ana perlu rasa kecewa dengan pencapaian ana.. sepatutnya ana perlu bersyukur kerana ana mampu sampai ke tahap ini.. teruskan, bukan hentikan... Perancangan Allah itu terlalu baik.. Ana x tahu apa yang sedang menanti ana di hadapan kelak..
#pujukdiri

Wahai roh dan jasad, bangkitlah bersama.. teruskan perjuangan..
kenangan itu, jangan biarkan ia jadi kenangan begitu sahaja..
jadikan sebagai motivasi supaya sentiasa bangkit dan bangkit lagi...
pandu hidupmu sebetulnya seiring dengan panduan ISLAM..
jangan gentar walau sedikit untuk menempuh hari harimu, kerna kamu masih dan tetap punya ALLAH..

Terkadang, motivasi dan pujuk diri itu perlu...

Bangkit, Maju dan Raih Mimpi...
Semangat, man jadda wa jada..

Salam kebangkitan,
lollyamalin




Thursday, 24 July 2014

Salam Lebaran 14

Assalamualaikum..

Setiap kali nak balik ke kampung mesti perasaan sama yang bertandang.. gemuruh, takut, gembira, sedih..macam2 perasaan bercampur menjadi satu.. ini entri terakhir ana sebelum pulang beraya kat kampung tau.. kat kampung x boleh nak update entri sebab confirm2 bizi mengalahkan menteri pastu alasan yang paling kukuh sekali, kat kampung x de line intenet..

Oke, untuk pengetahuan semua la kan, ana adalah orang terakhir yang sampai ke kampung.. huhu, sedih dan terharu sebab mesti dorang sambut ana dengan sangat meriah nanti, dengan lampu lip lap, bunga api, pelita..(perasan sampai umah waktu malam).. Ana x sabar nak balik kampung ni sebab akan ade banyak kejutan untuk ana, tapi bila mengingatkan kene tidoq dalam bas selama lebih kurang 9 jam, hurmmm lemah semangat..Apepon, yang paling utama nak balik kampung sbb nak berkumpul bersama2 ngan family.. setiap kali raya je la boleh berkumpul semua ahli keluarga..kalau tak memang x bolehnye..yela..ana belajar jauh, kak long kerja kat Putrajaya, kak ngah pun bakal menyusul ikut jejak kak long selepas raya ni.. sedih la umi ngan ayah nanti..tp nasib baik ade 4 orang adik lagi yang tinggal kat umah, x la sunyi sangat depa..

Baiklah cakap banyak pun x guna kan, sekadar nak ucapkan:
*Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.. ucapan ni khas untuk, roomates, housemates, ground floor mates, blockmates, KHARian, classmates, facultymates, lectures, Drs, Profs, UPSIan, umi, ayah, families belah ayah belah umi.. nenek2 dan datuk2, sepupu sepapat, jiran tetangga, saudara sesama islam seluruh dunia dan muslimin muslimat sekalian.. maaf andai ada terkasar bahasa tersilap laku smada secara sengaja ataupun tidak.. 0-0 semua ye.. x lupa untuk bloggers juga.. Selamat Hari Raya..

*mood kemas barang.. kata nak balik kampung... hureyyyy!! (lompat tinggi2)
bye..

Salam Lebaran,
Lolly Amalin..


Friday, 18 July 2014

Kenapa Ana selalu selekeh ke kelas??

Jadual kuliah ana
(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas dan nyata)

Ramai jugak la yang tanya ana, "eh, kenapa ke kelas cuma pakai baju tshirt je?, dah x de baju kurung ke?"
Betul betul betul!!!.. Memang ana x de baju kurung, cubalah intai dalam gerobok ana tu, sehelai je baju kurung ditemani beberapa helai jubah dan berbagai warna tshirst muslimah..

Ekceli kan, ana bukan ape, bukan x nak cantik2 ke kelas, tapi bila mengingatkan yang kelas ana hanya 2-3 jam je sehari, mood nak cantik2 macam princess gtu x de.. Rasa lebih selesa bertshirt dan berslack..Lagipun x payah la nak bersiap sangat sebab ana ni memang dilahirkan cantik kiut miut.. pakai apepon tetap manis *pitamsss.. (Geng perasan sendiri baru mula tertubuh dalam rumah ana)..

Btw kan, minggu depan satu lagi dah nak raya.. ana n the geng x sabar dh nak balik ke kampung masing2..rasa tersangat rindu kat family la.. 2 kali dh dok sekaip dengan adik kt kampung.. terharu bila ayah selalu buat aksi seolah2 mencuit hidung ana melalui skrin laptop... Ayah memang suka bermanja dengan anak2nya begitu...Kalau dirumah lagilah, habis hitam setiap hidung anak2nya bila dia mencuit hidung kami selepas dia siap membaiki motor ke ape ke.. Ayah cuit hidung ana melalui skrin!!! (macam mana tu??) Hmm, ayah ayah..

Kali ni ana teruja nak balik kampung sbb 2 benda, pertama of kos sebab rayala kan.. yang kedua, ana bakal dapat telefon baru.. telefon ana yang sebelum ni kan rosak.. tapi telefon baru ni bukan hadiah daripada sesiapa pun, ana beli sendiri.. guna duit gaji part time keje masa cuti sem hari tu..kawan ana yang tolong simpankan sbb telefon baru sampai... excitednya..

ok la, ana kene gerak dulu.. nak cari juadah berbuka puasa ni.. nanti habis pulak...hehe
Selamat Hari Raya..

Salam Sayang,
Lolly Amalin..

Sunday, 13 July 2014

Dah besar sangat ke adik bongsu ana ni??

"Aime tba2 blik skOlh xd, oyk yes3x... Kak pOnw tnya bkpO yes3x xd ary ag. Dy pOnw oyk, adk ad gwe dh. Kak ngOh pOnw tnya, nama gpOw gwe? Dy pOnw oyk Umairah. Kak chik nk thu, aime lOnim glenya."

translate:" Aiman tiba2 balik sekolah tadi, dok teriak2 yes yes yes.. Kak pun tanya kenapa berteriak bagai,dari tadi lagi.. Dia pun jawab, "adik dah ade makwe dah". Kak Ngah tanya, nama makwe sapa? Dibalasnye balik, Umairah.. kak cik nak tau, Aiman dah gatai sekarang"

Begitu la serba sedikit maksud dialog diatas...
Terima mesej ni lewat petang tadi melalui Pm mukabuku..
Ana geleng2 kepala bila baca mesej ni..(gelak la sikit) x sangka adik bongsu ana dah besar.. lama sangat ke ana x tengok dia? (hakikatnya, dia baru darjah tiga)

Die yang kecik lagi tu pun dah reti bab2 bermakwe pakwe ni?? heshhh, bimbang deh.. Ana yang dah sepatutnya ade pakwe pon belum ade lagi.. x leh jadi ni.. Budak budak ni x leh diberi muka sangat kan.. beginilah jadinye..Harapnya xseries sangat lah.. Budak2.. main2 je tu.. Tapi kan, ana rasa macam pernah tengok je gambar budak Umairah ni kat gambar kelas dia.. gambar masa pra sekolah.. betul la, budak2 lagi (dah memangla)..#pitamss

*bakal dapat adik ipar la ni ye.. Umairah namenya.. dah mcam nama heroin dalam drama Menantu Sepuluh Ribu pulak..
*Gaya penulisan pengirim mesej ni pun nampak cam havoc havoc.. berbunga tulisan die.. kakak2nye biase je taip mesej..

#luvfamily

Salam Sayang
Lolly

Saturday, 12 July 2014

Gitar, Music dan Lagu... Berangan je tau..

Hai hai hai...

Tau la hujung minggu...

Hye, uolssss (sebab tajuk entri macam hiburan2 gitu, so nada pon kene gedikss sikit la..perluke?)
Oke, hujung minggu kali ini, ana plus dua rumet ana yang happening sungguh tu pakat dok cover lagu tahu??
Macam macam lagu ade, lagu Fatin Shidqia, lagu P. Ramlee, lagu Ramlah Ram, lagu Siti Nurhaliza memang letih menaip la kalo nak bagitau semua penyanyi tu.. pokoknya banyak la lagu2 yang tercover oleh kami..

Hoho, kalau nak cerita memang gempak betullah,, bayangkan pukul 2 PAGI melalak dengan speaker yang super kuat tuh.. untung x kene marah dengan penghuni lain.. (bawak2 bertobat nakk bulan2 ramadan nih, baik p mengaji quran ke, solat sunat ke ambik keberkahan bulan romadon...pot pet pot pet).. *insaf.. 
oke forget it..

Ana punya keistimewaan yang manyak bikin rumet ana sakit kappala adalah ana x reti nak masuk lagu dengan bunyi gitar yang dipetik.. susah bebenor nak menjadik satu2 lagu tu nye.. training sepuluh bulan pun belum tentu boleh ni, (cer training 11bulan, jadi ke idokk??)
kesin kat korang ye, banyak recordssss korang rosak sebab temanmu yang perasan bagus menyanyi ni kan.. *pitammssss
*hulur tangan berjabat tangan
*paling belakang, next time buat lagi..

Lagu latest yang ana minat adalah dari pemenang X-Factor indonesia..(x tau pulak musim keberapa) gadis kecil molek, Fatin Shidqia Lubis (sila baca namanya dengan nada macam nak panggil pemenang anugerah ye)..lagu Aku Memilih Setia, Dia Dia Dia.. sume la best.. suaranya yang unik..
*kalo perasan lagu belog ana pun guna instrumen Dia Dia Dia...
Perasan kejap ana yang nyanyi lagu tu atas pentas pastu semua beri tepukan gemuruh dan tup tup gedebukkkk jatuh katil...*tutup muka lari2 macam budak2 yang mak die x belikan cekelat..pakej, nangis sekali..
haii, kenape la dok membebel benda x dek pekdah ni...

tidoq dulu la...

Salam Sayanggg,
Lolly